China kini miliki tren maglev terpantas di dunia - 600 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
China baru-baru ini melancarkan secara rasmi keretapi berkelajuan tinggi yang bergerak menggunakan teknologi levitasi magnet (maglev) yang mampu mencapai kelajuan sehingga 600 km/j.

Sistem ini dibangunkan oleh China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) Qingdao Sifang Co. LTD, (CRRC Sifang) dengan menggunakan pencapaian teknologi termaju, di mana ia hanya digerakkan menggunakan daya elektromagnetik tanpa sentuhan dengan trek.

Selain daripada itu, tren berkelajuan tinggi ini telah dibuktikan senyap, kurang pencemaran, kurang gegaran serta kurang kos penyelenggaraan jika dibandingkan dengan penggunaan tren berkelajuan tinggi konvensional.

Malah, menurut laporan, ia mampu memenuhi ruang kosong antara tren berkelajuan sehingga 350 km/j dan pesawat yang memiliki kelajuan penerbangan antara 800 hingga 900 km/j.

Tren maglev ini merupakan mod pengangkutan terpantas untuk jarak pergerakan 1,500 km, di mana menurut kajian, perjalanan antara Beijing ke Shanghai mengambil masa sekitar 2.5 jam sahaja jika dibandingkan dengan perjalanan udara (4.5 jam) dan tren berkelajuan tinggi (5.5 jam).
 
Walaupun tren maglev terbaharu ini baharu sahaja keluar daripada barisan produksi, tiada sebarang landasan yang mampu menampung kelajuan sehingga 600 km/j di China pada ketika ini.

Sumber: The Edge

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini selari dengan trak-trak untuk pasaran Eropah seperti Volkswagen Amarok, GWM Ute, LDV T60 dan…
Berita Domestik
Laporan berhubung insiden tersebut yang telah dibentangkan kepada Kabinet oleh Menterinya, Datuk…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, proses mengeluarkan kedua-dua tren…