China kini kubu kuat No. 1 Nissan!

oleh Mohamad Hanif|
Dunia automotif kini tahu Nissan sedang bergelut bukan sahaja dari segi jualan, malah terpaksa berhadapan dengan isu skandal bekas bosnya - Carlos Ghosn.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini memaksa Nissan memikirkan kembali strategi mereka bersama rakan pakatan Renault dan Mitsubishi, di mana Nissan harus memfokuskan kepada tiga pasaran utama - Amerika Syarikat, Jepun dan China.

Pemilihan China sebagai lokasi utama Nissan bukanlah sekadar suka-suka, memandangkan Nissan merupakan salah satu daripada kuasa besar Jepun yang bertapak di sana.

 


Ini kerana berdasarkan data yang diperoleh daripada Automotive News Europe, Nissan kini merupakan salah satu syarikat Jepun yang terkuat di negara tersebut di tangga keempat selepas Volkswagen dan GM-SAIC Motor.

Di China, Nissan menjalinkan kerjasama strategik dengan Dongfeng Motor Group, dan inisiatif tersebut dimulakan sendiri oleh Carlos Ghosn dalam usaha untuk memperkasakan kehadiran Nissan di Tanah Besar China itu.

Menurut presiden Dongfeng Motor, Shohei Yamazaki berkata, "jenama yang lemah akan terus lemah, yang kuat akan menjadi lebih kuat, dan ini merupakan satu peluang buat kami.

"Namun sekali kita gagal untuk mengekalkan atau menambah baik jenama, ia menjadi satu risiko besar," ujar beliau lagi.

 


Pasaran China sememangnya bukan satu pasaran yang boleh dipandang rendah, memandangkan jumlah jualan Nissan di negara tersebut merangkumi satu pertiga daripada jumlah jualan global Nissan berjumlah 4.93 juta unit setahun.

Malah, model sedan Nissan Sylphy kini menjadi model paling laris terjual di sana untuk separuh pertama tahun 2020, mengalahkan model Volkswagen Lavida mengikut data daripada China Passenger Car Association (CPCA).

Wakil CPCA, Cui Dongshu menjelaskan, "kekuatan Nissan di China adalah disebabkan langkah mereka menerusi pengenalan model yang kompetitif sejak kebelakangan ini.

"Namun, ia merupakan satu cabaran yang cukup besar bagi Nissan untuk menandingi Toyota, disebabkan reputasi Toyota yang telah pun terbukti di dalam inovasi teknologi dan (ia) ternyata mampu memenangi hati pelanggannya termasuklah pelanggan Lexus.

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Global
Beliau membuat kenyataan tersebut semasa satu acara di Ohio. Sewaktu beliau menjadi Presiden,…
Berita Domestik
Pada peringkat awal pembinaan projek tersebut, Syarikat Pembinaan Laluan Lintas China di Malaysia…