Tindakan ini ialah susulan kepada kejadian di mana sebuah sedan Xiomi SU7 merempuh tiang simen pada kelajuan 97 kmsj beberapa saat selepas pemandu mengambil alih kawalan kenderaan dari sistem bantuan pemanduan ADAS.
Kemalangan yang berlaku Mac lalu menyebabkan Xiomi tersebut terus terbakar dan membunuh tiga penumpang termasuk pemandu.
Undang-undang baharu itu menyebut bahawa syarikat automotif tidak lagi dibenarkan untuk menguji dan memperbaiki sistem ADAS mereka melalui kemaskini jarak jauh (Over The Air atau OTA).
Menurut laporan dari Reuters, segala kemaskini berkaitan fungsi ADAS perlu mendapat kelulusan dahulu sebelum dilancarkan kepada pengguna.
Ini ialah perkembangan terkini selepas syarikat-syarikat automotif di China berlumba-lumba untuk menghasilkan model baharu dengan kemampuan ADAS yang tinggi, tetapi menggunakan terma-terma seperti "pemanduan pintar" yang memberikan gambaran bahawa kenderaan itu selamat untuk dipandu sendiri dengan bantuan teknologi.
Pengiklanan palsu yang menyebabkan kemalangan jalanraya boleh menyebabkan pesalah dikenakan hukuman penjara kurang dari dua tahun.
Berita ini mungkin akan menyebabkan peminat jenama China terdiam sebentar kerana selama ini mereka percaya bulat-bulat dengan propaganda iklan dari syarikat automotif China.