China hantar trak pikap RM20,000 untuk pasaran US

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat automotif dari China masih tidak putus-putus untuk berusaha masuk ke pasaran Amerika Syarikat (US).

Pelbagai produk dan cara digunakan tetapi masih kurang berhasil dan untuk tahun 2019, negara itu bakal "menyerang" US dengan sebuah trak pikap comel dari Kaiyun Motors.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut pemilik Kaiyun, Wang Chao, syarikat beliau telah menghabiskan empat tahun untuk mengkaji kehendak  pengguna di US.

Trak Pickman ialah sebuah pikap bersaiz kecil yang menggunakan tenaga elektrik. Ia mempunyai kelajuan maksimum 45 kmsj dan jarak perjalanan sejauh 120 km dengan sekali caj.

 

 

Ia mampu membawa beban seberat 500 kg dan cukup sesuai untuk kenderaan pelbagai kegunaan di kawasan pembinaan, di ladang-ladang dan di kawasan komersil tertutup.

Penganalisa ekonomi di US juga bersetuju Pickman ini mempunyai kelebihan yang unik dan harga yang dijual juga menarik (US$5,000 atau RM20,400).

"Kenderaan elektrik mini sudah lebih dari cukup untuk kegunaan ramai di US," Wang berkata.

"Pasaran untuk kenderaan ini sangat meluas di seluruh dunia!"

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun 2019 bakal menyaksikan beberapa jenama China yang dilihat cuba menembusi pasaran Amerika…