China catat rekod pengeluaran NEV yang ke-20 juta

oleh Mohamad Hanif|
Negara China kini mencatatkan rekod baharu apabila negara tersebut mencapai angka pengeluaran kenderaan tenaga baharu (NEV) sebanyak 20 juta unit.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Memetik laporan Bernama, kenderaan NEV yang ke-20 juta itu merupakan kereta Hyper GT yang dihasilkan oleh kilang pembuatan milik syarikat AION GAC di Guangzhou, Isnin lalu.

Naib Menteri Industri dan Maklumat China, Xin Guobin, berkata NEV kini merupakan arah tuju utama dalam transformasi, penaiktarafan serta pembangunan hijau industri automobil global, selain pilihan strategik bagi pembangunan industri automobil China yang bermutu tinggi.

"Dalam tempoh 70 tahun, industri automobil China membangun dari sifar hingga menjadi hebat pada masa ini.

"NEV ke-20 juta itu menjadi satu momen simbolik dalam sejarah pembangunan automobil di negara ini," katanya ketika berucap pada majlis meraikan pretasi cemerlang itu.

Menurut statistik Persatuan Pengeluar Kereta China (CAAM), pada lima bulan pertama tahun ini, jumlah pengeluaran dan penjualan NEV China masing-masing mencatat tiga juta dan 2.94 juta, iaitu meningkat 45.1 peratus dan 46.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pakar berpendapat, jumlah pengeluaran NEV China yang melebihi 20 juta menandakan pembangunan industri NEV China telah memasuki fasa baharu, iaitu pembangunan berkualiti tinggi secara berskala berasaskan perindustrian dan pasaran, sekali gus mendorong transformasi industri automobil global ke arah berkuasa elektrik dan pintar.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baik Boeing mahupun China tidak mengulas mengapa pesawat itu kembali, dan tidak jelas pihak mana…
Berita Global
Pekerja terbabit, yang dikenali sebagai Song, merupakan satu-satunya kakitangan yang bertugas pada…
Berita Global
Tindakan ini ialah susulan kepada kejadian di mana sebuah sedan Xiomi SU7 merempuh tiang simen pada…