China bakal turunkan cukai import kenderaan mewah agar jenama tempatan segera bangkit

oleh HEZERI SAMSURI|

Kerajaan China memang terkenal dengan ketegasannya dan apabila ia memberi amaran kepada syarikat kenderaan tempatan agar segera bangkit dan menjadi pemain global, ia tidak berlembut langsung.

 

Menurut Bloomberg, sumber dari dalam kerajaan negara tersebut telah memberi amaran bahawa China akan menurunkan duti import untuk kenderaan mewah.

Sebelum ini, kenderaan mewah akan dikenakan levi sebanyak 25 peratus. Cadangan terbaharu ialah untuk menurunkan jumlah itu kepada 10 atau 15 peratus sahaja.

 

 

Ini ialah berita baik untuk syarikat kenderaan mewah asing seperti BMW, Lexus, Mercedes-Benz dan Audi. Saham Volkswagen dan BMW dikatakan terus mengalami peningkatan apabila berita tersebut tersebar.

Namun begitu, rakan kongsi syarikat-syarikat tersebut seperti BAIC yang menjadi rakan teknikal Daimler di China dan lain-lain terus mengalami penyusutan saham dagangan.

Kerajaan China dikatakan mahumemberikan tekanan kepada syarikat-syarikat kenderan tempatannya agar bersungguh-sungguh meningkatkan kualiti dan teknologi serta mengeksport kenderaan mereka. Tekanan kenderaan import bakal menjatuhkan jumlah jualan tempatan mereka.

 

 

Dalam tahun 2017, China mengimport masuk sebanyak 1.22 juta unit kenderaan asing, iaitu 4.2 peratus dari keseluruhan jumlah jualan kenderaan tahun itu - 28.9 juta unit.

Minggu lalu, China mengumumkan jadual masa untuk membenarkan syarikat kenderaan asing mempunyai lebihd ari 50 peratus saham untuk pelaburan tempatan mereka.

Bulan lalu, Presiden Xi Jinping juga menyatakan bahawa kerajaan beliau akan menurunkan cukai kenderaan dan ia disambut baik oleh CEO Tesl, Elon Musk.

* Sumber asal dari Bloomberg

 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Bertempat di acara Frankfurt Motor Show 2019, Byton mengambil kesempatan untuk memperlihatkan…
Berita Global
Pusat Produksi Polestar ini direka oleh syarikat arkitek Snøhetta, bertujuan untuk menjadi salah…
Berita Global
Geely melaporkan keuntungan sebanyak 4.01 bilion Yuan bagi separuh pertama 2019, berbanding dengan…