Chevrolet Thailand adakan jualan tutup kedai - diskaun 50 peratus!

oleh Mohamad Hanif|
General Motors sudah rasmi menutup operasi di Thailand, serta menjual fasiliti pemasangan Rayong kepada Great Wall, Chevrolet Thailand kini mempunyai masa kira-kira 10 bulan sebelum menghentikan penjualan di Asia Tenggara.

Dalam satu pengeumuman, Chevrolet kini mengadakan jualan tutup gudang  bagi model Captiva 2020 dengan potongan harga THB500,000 berbanding harga asal!

Harga jualan Chevrolet Captiva di Thailand bermula dari THB999,000 (RM132,670) sebelum diskaun sebanyak THB500,000 (RM66,501), bermakna harga jualan kini bermula dari THB499,000 (RM66,368) sahaja sehingga stok habis terjual.

Bagaimana pula dengan model Chevrolet yang lain? 

Setakat ini tiada informasi lanjut diberikan, namun melihatkan kepada kesudian Chevrolet melontarkan diskaun yang begitu banyak, mungkin juga model lain akan menerima nasib yang serupa. 

Chevrolet Captiva merupakan crossover yang dijana dengan enjin turbo 1.5 liter menghasilkan 150 PS dan 230 Nm yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar enam nisbah kelajuan. 

Sumber: AutoIndustriya

Add new comment