Chevrolet Sonic, Ford Fiesta bakal terkubur?

oleh SALINA JALIL|
Trend pasaran di Amerika menunjukkan penurunan ketara peratusan penjualan kereta saban tahun. Ini disebabkan pengguna di sana lebih meminati segmen crossover, SUV, dan trak pikap.

Menurut satu laporan daripada Wall Street Journal, jenama besar seperti General Motors dan Ford sendiri sedang merancang untuk menarik balik penjualan model yang tidak memberangsangkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Laporan itu antara lain menyebut Chevrolet berkemungkinan besar akan menghentikan pengeluaran sub kompak Sonic bermula tahun ini. Ford juga dilihat bakal menghentikan pengeluaran Fiesta dan Taurus bagi pasaran Amerika. Untuk pengetahuan, Fiesta dan Taurus merupakan antara model kenderaan Ford yang terlaris sebelum kebangkitan era crossover, SUV dan trak pikap.

 

fiesta

 

Trend ini menampakkan bahawa syarikat besar seperti GM dan Ford sudah mula mengikut jejak langkah Fiat-Chrysler apabila mereka mengumumkan penghentian jualan Chrysler 200 dan Dodge Dart dua tahun yang lalu. Laporan terkini daripada Wall Street Journal juga turut menyebut FCA berkemungkinan besar menghentikan penjualan Chrysler 300 dan juga model ikonik Dodge Charger.

 

Statistik pasaran kereta di Amerika menunjukkan peratusan penjualan kereta sedan, coupe dan hatchback sekadar mewakili 37 peratus daripada keseluruhan segmen kenderaan pada tahun 2017. Keadaan ini amat berbeza berbanding tahun 2012, di mana pasaran kereta penumpang mencatatkan penguasaan hampir 51 peratus.

 

Penguasaan ketara segmen crossover, SUV dan trak pikap juga turut memberikan kesan kepada syarikat lain. Honda Amerika dilaporkan sedang menghentikan pengeluaran model Accord selama 11 hari disebabkan lambakan stok yang berlaku di kesemua pengedarnya. Sebagai maklumat tambahan, Honda Accord merupakan model paling laris dijual di pasaran Amerika sejak 40 tahun yang lalu.

 

 

 

Sumber: Autoblog, Wall Street Journal, Automotive News

Penulis: Muhamad Hanif

Berita Berkenaan

Informasi
Recall tersebut telah dimulakan pada bulan Jun tahun lalu dimana ia melibatkan penggantian inflator…
Berita Global
Namun, masih ada sinarnya kerana ia masih dikuasakan oleh enjin besar V8 LT2 6.2 liter, sama…
Berita Global
Jangka hayat model bajet Chevrolet itu tidak pernah bertahan lama, di mana produksi model generasi…