Chevrolet Silverado PPV - trak pikap pengejar kegunaan polis, 355 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Chevrolet telah mendedahkan sebuah trak pikap Police Pursuit Vehicle yang dibangunkan khusus untuk kegunaan pasukan polis, iaitu Silverado PPV 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan menggunakan pengalaman selama 25 tahun daripada kenderaan Tahoe PPV yang diperkenalkan sejak 1997, Silverado PPV ini dibina menggunakan asas daripada model Silverado Crew Cab Short Bed, dengan menambah pakej Z71 yang merangkumi penyerap hentak Rancho, skid plate, dan juga locking differential.

Selain itu, kit angkat 2 inci juga turut dipasangkan bagi membolehkan trak pengejar ini menawarkan jarak kelegaan tanah yang terbaik dalam kelasnya, 288.3 mm selain meningkatkan sudut mendatang kepada 25.9 darjah.

Silverado PPV ini dikuasakan oleh nadi 5.3 liter bentangan V8 yang dipasangkan dengan penapis udara tugas berat, dengan angka output 355 kuasa kuda dan 519 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan.
 

Silverado


Silverado ini meminjam rim 20 inci daripada model Tahoe PPV, dengan balutan tayar all-terrain Goodyear, sementara sistm brek pula terdiri daripada angkup Brembo enam omboh di bahagian depan.

Antara kelengkapan tipikal pasukan polis yang dimuatkan termasuklah sistem pendawaian tambahan untuk hon dan siren, sistem pencahayaan luaran dan dalaman, bar lampu LED, lampu mata arah LED.

Tidak ketinggalan, sistem keselamatan Chevrolet Safety Assist yang merangkumi Bantuan Pengekalan Lorong, Amaran Keluar Lorong, Amaran Pelanggaran Hadapan, Brek Kecemasan Automatik dengan Pengesan Pejalan Kaki serta lampu utama IntteliBeam.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Recall tersebut telah dimulakan pada bulan Jun tahun lalu dimana ia melibatkan penggantian inflator…
Berita Global
Namun, masih ada sinarnya kerana ia masih dikuasakan oleh enjin besar V8 LT2 6.2 liter, sama…
Berita Global
Jangka hayat model bajet Chevrolet itu tidak pernah bertahan lama, di mana produksi model generasi…