Chevrolet Silverado ini dibina menggunakan bongkah Lego sepenuhnya!

oleh Mohamad Hanif|

Sekiranya anda mahukan sebuah pekerjaan yang sangat cool, kami ada satu contoh menarik untuk anda lihat dan pohon, itupun sekiranya ada kekosonganlah.

Memperkenalkan Chevrolet Silverado bersaiz 1:1  yang diperbuat sepenuhnya daripada  bongkah-bongkah Lego dan bagi mereka yang terkeliru dengan gambar yang dipaparkan, ingin penulis memetik kata-kata Ustaz Ismail Kamus, "jangan betulkan skrin anda!"

Lego Chevrolet Silverado ini dibina dengan kerjasama daripada Warner Bros bersempena promosi pelancaran filem Lego yang kedua. 
 


Dengan dimensi 6.1 meter panjang, 1.8 meter tinggi dan 2.4 meter lebar menyamai saiz sebenar sebuah Chevrolet Silverado, ia mempunyai berat 1.5 tan yang dibina daripada 334,544 bongkah Lego

Seramai 18 orang pemasang Lego professional ditugaskan untuk memasang model berskala penuh Silverado ini dengan masa yang diambil selama 2,000 jam untuk disiapkan sepenuhnya. 

Sperti model sebenar, lampu pada model Lego ini berfungsi seperti biasa, namun anda memerlukan imaginasi yang amat tinggi untuk memandunya. 
 


Segala proses pemasangan Chevrolet Silverado Lego ini dibuat di HQ Lego bertempat di Connecticut. 

Baiklah, melihatkan kepada ketelitian kerja yang dipamerkan oleh profesi pemasang model Lego ini, sekarang ini penulis mahu cari kerja kosong sambilan memasang model Lego Ford Ranger Raptor pula. 
 

Add new comment

Careta Ad