Chevrolet Silverado HD - bakal muncul Februari 2019

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk peminat trak pikap, Chevrolet Silverado ialah seteru kepada Ford F150 dan Ram 1500 di Amerika Syarikat.

Seperti di Thailand, negara Hollywood itu menjadikan trak pikap sebagai genre pilihan utama mereka dan ketiga-tiga model tempatan itu memang menjadi produk terlaris.

Semalam, Chevrolet telah mengumumkan model Silverado HD (Heavy Duty) untuk tahun 2019. Varian ketiga untuk model Silverado dalam masa 18 bulan ini khusus untuk mereka yang memerlukan trak besar yang kuat bagi kerja-kerja berat.

Menurut Chevrolet, Silverado HD ini ialah varian yang paling modern dan canggih.

 

 

Dua pilihan enjin baharu diberikan - sebuah enjin petrol dengan "direct injection" dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan dan sebuah enjin Duramax Turbodiesel V8 dengan transmisi Allison 10-kelajuan automatik.

Enjin diesel itu menghasilkan daya kilas setinggi 1,234 Nm dan mungkin kerana itu Silverado ini dilengkapkan terus dengan teknologi menunda trailer yang terkini.

General Motors, pemilik Chevrolet tidak banyak memberikan informasi berkaitan trak ini dan mungkin mereka menunggu semasa pelancarannya. Ia juga khusus untuk pasaran US dan juga mungkin Timur Tengah.

Apa pendapat anda tentang bentuknya?

Berita Berkenaan

Informasi
Recall tersebut telah dimulakan pada bulan Jun tahun lalu dimana ia melibatkan penggantian inflator…
Berita Global
Namun, masih ada sinarnya kerana ia masih dikuasakan oleh enjin besar V8 LT2 6.2 liter, sama…
Berita Global
Jangka hayat model bajet Chevrolet itu tidak pernah bertahan lama, di mana produksi model generasi…