Chevrolet Silverado 2019 - lapan varian, enam pilihan enjin!

oleh Mohamad Hanif|
Chevrolet kini memperkenalkan trak pikap Chevrolet Silverado 2019 dengan menampilkan rekaan terbaru lampu hadapan bertindih yang menjadi identiti trak pikap Chevrolet sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Trak pikap Silverado ini akan ditawarkan dengan lapan pilihan varian mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan yang terdiri daripada Work Truck, Custom, Custom Trailboss, RST, LT, LT Trailboss, LTZ dan High Country. 

Terdapat enam pilihan enjin yang bakal memacu trak pikap Chevrolet ini iaitu:

  • enjin petrol 2.7 liter turbo empat silinder sebaris/transmisi auto 8 kelajuan
  • enjin diesel 3.0 liter enam silinder sebaris/transmisi auto 10 kelajuan
  • enjin petrol 4.3 liter V6/transmisi auto 6 kelajuan
  • enjin petrol 5.3 liter V8/transmisi auto 6 kelajuan
  • enjin petrol 5.3 liter V8/transmisi auto 8 kelajuan
  • enjin petrol 6.2 liter V8/transmisi auto 10 kelajuan

Berikut merupakan varian Silverado dan pilihan enjin yang ditawarkan untuk setiap varian. 

 

Varian/Enjin 2.7L Turbo (8-speed) 3.0L Diesel
(10-speed)
4.3L V6 (6-speed) 5.3L V8  (6-speed)

5.3L V8   
(8-speed)

6.2L V8        (10-speed)

Work Truck     Standard Pilihan    
Custom     Standard Pilihan    
C. Trail Boss     Standard Pilihan    
LT Standard Pilihan     Pilihan  
RST Standard Pilihan     Pilihan  
LT Trail Boss         Standard  
LTZ   Pilihan     Standard Pilihan
High Country   Pilihan     Standard Pilihan

 

Work Truck

 

Custom

 

Custom Trail Boss

 

RST

 

LT

 

LT Trail Boss

 

LTZ

 

High Country

 

Sumber: Autoblog