Chevrolet Corvette ZR1 2025 rasmi - Nadi V8 5.5L, 1064 HP, 1,123 Nm!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah 4 tahun diperkenalkan, kereta sports kelahiran Amerika Chevrolet Corvette generasi kelapan kini tiba dengan varian paling berkuasanya, Corvette ZR1 2025.

Menjadi varian prestasi yang paling ditunggu-tunggu, Corvette ZR1 2025 kini merupakan Corvette paling berkuasa pernah dihasilkan di mana setiap aspek dinaik taraf untuk menjadikannya sebuah jentera buas.

1064 HP dan 1,123 Nm! Angka kuasa setaraf hypercar itu dihasilkan oleh nadi LT7 V8 5.5 liter turbo berkembar, dipadankan dengan transmisi DCT 8 kelajuan yang telah ditala untuk disesuaikan pada nadi tersebut.

 

2

 

Secara teknikal, enjin LT7 pada Corvette ZR1 berkait rapat dengan enjin LT6 pada Corvette Z06 di mana kedua-duanya berkongsi blok tuang dan beberapa komponen kecil lain.

Bagaimanapun, kedua-duanya tetap mempunyai perbezaan yang ketara, di mana LT7 dilengkapi omboh forged yang menyumbang kepada nisbah mampatan yang lebih rendah (9.8:1 berbanding 12.5:1 pada LT6), termasuk head enjin baharu dan aci engkol yang berbeza.

Sistem aruhan paksa (forced induction) pula merangkumi terdiri dari pengecas turbo monoscroll (76 mm) yang disepadukan dengan manifold ekzos untuk mengurangkan isipadu dan jarak dari injap ekzos ke roda turbin.

 

3

 

Ia turut dilengkapi wastegate elektronik untuk memastikan respon pendikit yang optimum dan mengelakkan turbo lag.

Kebanyakan kelengkapan lain bagi ZR1 juga berkongsi ciri yang sama seperti Corvette versi asas, terutama sekali varian Z06. Termasuk sistem suspensi yang dilengkapi Magnetic Ride Control secara standard.

Menambahkan lagi ciri buasnya, ZR1 2025 turut ditawarkan dengan pakej ZTK yang memaksimumkan lagi daya turun (downforce).

 

4

 

Pakej tersebut merangkumi tambahan spoiler besar, lip Gurney pada hood, spring suspensi lebih keras, dan juga pelbagai komponen lain yang diperbuat dari gentian karbon.

Pakej ZTK turut didatangkan pilihan rim gentian karbon, dan dibaluti dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 R.

 

5

 

Dengan keluaran kuasa yang lebih tinggi, sistem brek ZR1 pastinya dipertingkat dengan angkup brek bersaiz 400 mm di depan dan 390 mm di belakang, diperbuat dari seramik karbon.

Akhir sekali, seperti varian yang lain, Corvette ZR1 2025 turut ditawarkan dengan dengan versi coupe dan juga convertible, dan kini didatangkan semula dengan tingkap belakang terpisah (kali terakhir dilihat pada Corvette C2).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah ini dikatakan sebagai sebahagian daripada strategi rebadging, di mana Chevrolet akan…
Berita Global
General Motors (GM) baru-baru ini telah memberi bayangan bahawa kisah Camaro belum lagi berakhir…
Informasi
Recall tersebut telah dimulakan pada bulan Jun tahun lalu dimana ia melibatkan penggantian inflator…