Chevrolet Corvette Z06 2023 - enjin 5.5 liter V8, 670 hp, 623 Nm, 0-96 kmsj 2.6 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kelapan kereta sports Chevrolet Corvette telah diperkenalkan pada tahun 2020 dengan membawakan seni bina aluminium serba baharu serta beberapa penambahbaikan jika dibandingkan dengan generasi terdahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Versi prestasi tinggi Corvette Z06 baharu sahaja dilancarkan di Amerika Syarikat baru-baru ini dengan ciri-ciri aerodinamik yang telah dipertingkat, dan boleh didapati dalam versi coupe dan convertible.

Dari segi kuasa, Corvette Z06 membawakan nadi 5.5 liter V8 jenis flat-plane crank aspirasi natural dengan garis merah 8,600 rpm, di mana ia mampu menghasilkan 670 kuasa kuda dan 623 Nm pada putaran enjin 6,300 rpm.
 

Z06


Pecutan 0-96 km/j boleh dicapai sepantas 2.6 saat.

Untuk menyejukkan enjin yang berkuasa ini, tidak kurang daripada lima unit alat penukar haba yang digunakan pada Z06.

Para jurutera dikatakan menghabiskan masa dua tahun bagi memastikan runut bunyi yang dihasilkan oleh Corvette Z06 ini tidak seperti mana-mana Corvette yang telah dihasilkan sebelum ini.
 

Z06


Selain itu, para jurutera turut menambah jarak trek sebanyak 3.6 inci bagi membolehkan rim yang lebih besar dimuatkan, iaitu rim 20 inci dengan tayar 275/30 di depan dan rim 21 inci dengan tayar 345/25.

Sistem suspensi Z06 mendapat talaan spesifik bagi membolehkannya bersedia untuk dilenjan di litar atau kembali kepada pemanduan santai di lebuh raya.

Sistem brek dinaiktaraf kepada unit Brembo dengan angkup enam omboh dan rotor 14.6 inci, diikuti rotor bersaiz 15 inci di belakang sementara opsyen brek seramik karbon pula menawarkan rotor bersaiz 15.7 inci di depan dan 15.4 inci di belakang.
 

Z06


Disebabkan casis Z06 yang sudah tersedia tegar, versi convertible dikatakan tidak memerlukan penambahan pendakap.

Selain daripada splitter hadapan dan spoiler belakang yang didatangkan standard, pembeli juga boleh mendapatkan pakej aero gentian karbon yang merangkumi splitter depan yang lebih besar, sirip angin pada penghujung bampar, sirip bawah badan, dan sayap belakang yang lebih besar.

Terdapat juga Z07 Performance Package yang menambah sistem suspensi FE7 dengan kalibrasi Magnetic Ride Control 4.0, tayar Michelin Sport Cup 2 R ZP yang direka khas untuk model Z06, serta pemilihan rim karbon yang lebih ringan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda mengikuti perkembangan Rezvani, syarikat itu sering menghasilkan kenderaan dengan…
Berita Global
Menurut hantaran yang dibuat menerusi laman media sosial Reddit, pemilik yang hanya mahu dikenali…