Chevrolet Camaro bakal berkubur 2024, penggantinya sebuah sedan elektrik?

oleh Mohamad Hanif|
Jika tajuk berita di atas ini benar, ia merupakan satu ujian yang sangat hebat buat para peminat Chevrolet Camaro di seluruh dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana berdasarkan laporan daripada Automotive News, GM dikatakan akan menghentikan penawaran coupe prestasi tinggi Chevrolet Camaro pada tahun 2024, dan penggantinya merupakan sebuah sedan berkuasa elektrik.

Namun, laporan itu tidak menyebut bilakah GM akan menawarkan sedan elektrik tersebut.

Apa yang pasti, langkah ini merupakan satu rombakan besar terhadap generasi Chevrolet Camaro yang kita kenali sebagai sebuah kereta coupe dua pintu di sepanjang sejarah lima generasi penghasilannya.

Ia turut diperkuatkan dengan beberapa laporan terdahulu yang mencadangkan GM akan menghentikan penawaran Camaro menjelang 2023 dan tiada sebarang pengganti dirancang pada ketika itu.

Selain daripada perubahan terhadap Camaro, GM juga bakal membawakan versi elektrik terhadap trak pikap Chevrolet Silverado dan GMC Sierra pada tahun 2023, diikuti Cadillac Escalade EV pada tahun 2024, dan Malibu pada 2025.

Menjelang tahun 2035, GM mensasarkan hampir keseluruhan barisan model yang ditawarkan terdiri daripada model elektrik sahaja, kecuali model trak pikap tugas berat.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, unit terakhir Camaro merupakan sebuah unit ZL1 1LE (gambar utama) yang dipadankan…
Berita Global
Menurut Chevrolet, edisi terakhir Camaro generasi keenam akan keluar dari barisan pemasangan di…
Berita Global
Baru-baru ini, syarikat penala dari Jepun iaitu Gibson telah menghasilkan satu lagi kit badan untuk…