Chevrolet Camaro 1967 antara tumpuan di Northernspeedo Youth Autofest Sempena Hari Belia Peringkat Pulau Pinang.

oleh Arahman Crew|
Chevrolet Camaro SS 1967 milik Mohd Firdaus dari Sungai Petani merupakan antara 1 daripada lebih 200 buah kereta dari pelbagai model ‘Supercar’, kereta antik serta retro berkumpul di perkarangan Sunshine Bertam bersempena sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri Pulau Pinang 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penganjuran oleh Northernspeedo ini mendapat kerjasama penuh dari Kementerian Belia & Sukan (Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang) sebagai bukti belia sekarang mampu menjana ekonomi stabil, bermotivasi dan berjaya memiliki kereta idaman mereka.

Disamping berkumpul dan beramah mesra, peserta Northernspeedo Autofest ini turut mengadakan jamuan hari raya yang ditaja oleh Xsocio Markets, disamping penyampaian hadiah kepada pemenang dalam acara yang dipertandingkan.

 

Jumlah kehadiran: 200 buah kereta pelbagai model terdiri daripada:

-Anak Antoo Society ( supercar utara)

-Northernspeedo team members

-Kelab Kereta-Kereta Lama ( KKL)

-Northern GTR

-Northern Subarufiest

-BMW Northern Group

-FK8R owner Club malaysia

-Team JDM

Pelbagai aktiviti tambahan turut diadakan seperti Penang Youth Motorday, E-Sport,, Explore Race, Aerobathon dan banyak lagi. Northernspeedo merancang untuk mengadakan event yang lebih besar dan mempunyai lebih banyak aktiviti permotoran di masa akan datang.

Ikuti perkembangan mereka di FB & Instagram : Northernspeedo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam…
Berita Domestik
Namun, tindakan sesetengah mereka yang tidak bertanggungjawab ketika berada di lokasi tersebut…
Berita Domestik
Menurut salah seorang dari ahli komiti GSOM, Nasir Bali, program-program ini mendapat sambutan yang…