Pengarah Chery Malaysia, Leo Chen berkata, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Inokom. Dengan hampir tiga dekad pengalaman dalam memasang kenderaan dari banyak jenama terkenal dunia,"
"Inokom adalah rakan kongsi ideal untuk Chery dalam misi untuk bertapak di Malaysia dan menyediakan pengguna dengan kenderaan berteknologi dan berkualiti tinggi yang mendahului dari segi reka bentuk,”

“Kami juga mempercepatkan semua aspek lain dalam strategi penyetempatan kami, termasuk merekrut bakat terkemuka Malaysia dalam bidang seperti produk, jualan, selepas jualan, penjenamaan dan pemasaran."
Chery turut menyasarkan untuk melancarkan lebih 30 pengedar yang meliputi semua banda utama di seluruh negara.
Di pameran Malaysia Autoshow 2023 yang sedang berlangsung, Chery turut mempamerkan dua model SUV yang bakal diperkenalkan untuk pasaran Malaysia iaitu Omada 5 dan Tiggo 8 Pro.

Dengan reka bentuk bergaya bersama teknologi futuristik, Omada 5 disasarkan untuk memenuhi kehendak golongan muda yang mahu mendahului trend semasa.
Manakala Tiggo 8 Pro disasarkan untuk golongan usahawan dan profesional melalui gabungan teknologi dan sentuhan premium untuk memudahkan urusan harian.