Chery Uji Ketahanan Bateri PHEV Dengan Ujian Api Terbuka

oleh Qalif Latif|
Chery Malaysia terus mengukuhkan reputasi dalam aspek keselamatan apabila berjaya menganjurkan ujian ketahanan bateri secara terbuka menerusi program Chery Super Hybrid Battery Safety Challenge buat kali pertama di Malaysia.

Acara ini disaksikan lebih 100 jemputan terdiri daripada wakil kerajaan dan media, bagi memastikan proses ujian dilakukan secara telus serta boleh dinilai secara bebas.

Chery Super Hybrid Battery Safety Challenge

Menurut Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Men Lin Bo, keselamatan merupakan teras utama dalam pembangunan teknologi syarikat itu. Bukan sekadar memenuhi piawaian regulatori, Chery turut menjalankan ujian ekstrem dan mendedahkannya kepada umum bagi meningkatkan keyakinan pengguna terhadap teknologi mereka.

Ujian utama yang dijalankan melibatkan bateri yang digunakan pada model TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV, di mana ia didedahkan kepada suhu tinggi melalui dua fasa pemanasan awal dan pendedahan api secara langsung selama 1 minit 20 saat.

Chery Super Hybrid Battery Safety Challenge

Menariknya, sepanjang ujian tersebut, bateri kekal stabil tanpa sebarang tanda kegagalan elektrik, letupan, kebakaran merebak atau perubahan struktur yang tidak terkawal.

Pendekatan ujian secara terbuka ini membolehkan pemerhati melihat sendiri keadaan bateri sebelum, semasa dan selepas ujian, sekaligus membuktikan keyakinan Chery terhadap tahap keselamatan produknya di luar persekitaran makmal.

Ujian global: dari peluru hingga padang pasir

Program keselamatan bateri ini bukan hanya terhad di Malaysia. Sebelum ini, Chery telah menjalankan pelbagai ujian ekstrem di seluruh dunia bagi mensimulasikan situasi sebenar, antaranya:

  • Ujian pelanggaran hadapan dan rollover di China
    Chery Super Hybrid Battery Safety Challenge
  • Rendaman air laut selama 53 jam di Indonesia

Chery Super Hybrid Battery Safety Challenge

  • Ujian tembakan peluru hidup di Ecuador

Chery Super Hybrid Battery Safety Challenge

  • Ujian persekitaran panas ekstrem di Kuwait dan Qatar

​​​​​​​Chery Super Hybrid Battery Safety Challenge

  • Ujian geseran bawah kenderaan di Mexico

​​​​​​​Chery Super Hybrid Battery Safety Challenge

Kesemua ujian ini direka untuk menilai ketahanan bateri terhadap impak fizikal, suhu tinggi, kelembapan, serta tekanan persekitaran yang luar biasa.

Penarafan keselamatan dan jaminan jangka panjang

Dalam masa sama, Chery turut menekankan pencapaian keselamatan modelnya. TIGGO 7 PHEV telah menerima penarafan 5-bintang ASEAN NCAP dengan skor tertinggi 94.68 mata, termasuk markah penuh bagi perlindungan penumpang dewasa dan sistem bantuan keselamatan.

Sebagai tambahan, Chery Malaysia menawarkan jaminan bateri sehingga 10 tahun atau 200,000 km, meliputi komponen utama seperti pek bateri, motor pemacu dan unit kawalan kenderaan.

Menurut Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang, gabungan ujian ekstrem, penarafan keselamatan tinggi dan jaminan jangka panjang ini menunjukkan pendekatan menyeluruh dalam pembangunan PHEV yang bukan sahaja selamat, tetapi juga boleh dipercayai untuk pemilikan jangka panjang.

Langkah ini secara jelas meletakkan Chery sebagai antara pengeluar yang agresif dalam membuktikan tahap keselamatan bateri secara nyata bukan sekadar di atas kertas, tetapi melalui ujian dunia sebenar yang boleh dilihat sendiri.


 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Tiggo 9 merupakan model paling premium dalam barisan SUV Chery untuk pasaran tempatan, dengan fokus…
Berita Domestik
Melalui kolaborasi ini, tag RFID berjenama akan ditawarkan sebagai sebahagian pakej pembelian bagi…
Kereta
Jenama iCAUR dan Pengenalan di Malaysia iCAUR merupakan jenama di bawah Chery yang memfokuskan…