Chery Tiggo Bakal Kembali - Turut pamer stereng dengan keupayaan mengawal permainan video!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Chery Tiggo Bakal Kembali - Turut pamer stereng dengan keupayaan mengawal permainan video!
Chery Tiggo Bakal Kembali - Turut pamer stereng dengan keupayaan mengawal permainan video!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selepas bermain acah dengan projek terbaru yang dikatakan mahu memasuki pasaran Eropah dengan jenama baharu, Chery akhirnya mengumumkan tayangan perdana model SUV mereka iaitu Tiggo.

Ingatkan jenama Tiggo sudah ditamatkan sebab tidak catchy atau glamor untuk diteruskan.

Beberapa tahun dahulu SUV Tiggo pernah dipasarkan di Malaysia bersama model sedan A15 dan A25 sebelum dihentikan jualannya.

Tiggo sudah pun memasuki generasi kedua dan dilancarkan pada tahun 2013 di mana model dengan reka bentuk lebih moden itu tidak dipasarkan di sini.

Jadinya ruang Chery di Pameran Kereta Frankfurt (IAA) 2017 yang bermula 12 September ini akan diisi SUV khusus dengan penjenamaan Eropah, dan Tiggo generasi ketiga. 

Chery tidak membawa satu malah tiga varian Tiggo ke IAA iaitu Tiggo Coupé Concept SUV, TIGGO 5x dan TIGGO 7.

SUV kompak untuk Eropah

 

Chery Tiggo Bakal Kembali - Turut pamer stereng dengan keupayaan mengawal permainan video!

 

SUV kompak khusus pasaran Eropah ini belum lagi siap, yang dipamerkan ialah model konsep sahaja. Model ini bakal membawa Chery ke pasaran Eropah dalam masa beberapa tahun lagi.

SUV ini menggunakan falsafah rekaan ‘Life In Motion’ yang dibangunkan oleh Ketua Pereka Chery, James Hope. Gayaan ini difokuskan kepada pelanggan muda, urban dan berfikiran ke depan dengan citarasa terhadap produk sofistikated dan berkualiti tinggi.

Barisan model Eropah ini nanti dikuasakan oleh nadi kuasa hibrid elektrik (HEV), plug-in hybrid electric (P-HEVs) dan elektrik bateri (BEVs). 

 

Chery Tiggo Bakal Kembali - Turut pamer stereng dengan keupayaan mengawal permainan video!

 

Tiggo Coupé Concept 

Model konsep ini seperti namanya mempunyai bentuk ala coupé dan membawa gayaan masa depan Chery. Falsafah rekaan ‘Life In Motion’ rupa-rupanya bukanlah khusus untuk Chery versi Eropah tetapi turut terpakai untuk model ini.

Selain itu, reka bentuk permukaan menggunakan karakter yang dipanggil ‘hydrodynamic surfacing’ yang membawa inspirasi dari air mengalir.

Satu lagi perkara menarik ialah stereng interaktif pelbagai fungsi yang turut boleh digunakan sebagai alat kawalan permainan video semasa kenderaan bergerak dalam mod autonomous.

Sesuai dengan peredaran masa, Tiggo Coupé Concept dikuasakan oleh E-motor berkuasa 120 kW yang dipadankan bersama pek bateri Lithium-ion. 

SUV ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa tujuh saat dengan kelajuan maksium lebih dari 200 km/j serta jarak perjalanan sehingga 500 km dengan cas penuh.

TIGGO 5x dan TIGGO 7 

Asyik bercerita tentang model konsep, dua model ini yang bakal menghasilkan wang buat Chery dalam masa terdekat. Kedua-dua model ini tampil dengan reka bentuk kontemporari dan juga interior yang dinamik tetapi ringkas.

Kedua-dua model ini menggunakan bahasa rekaan ‘Life In Motion’ manakala garisan hydrodynamic TIGGO 7 pula diinspirasi daripada model concept TX yang pertama kali dipertontonkan di Pameran Kereta Shanghai 2012.

Menariknya, konsultan reka bentuk Granstudio mempamerkan Tiggo 7 di sini.

Sejarah ringkas Chery

Chery ditubuhkan 20 tahun lalu oleh Tongyue Yin yang sekarang ini merupakan pengerusi Kumpulan Chery. Setakat ini, Chery adalah syarikat kenderaan paling berjaya di China dengan jualan global sudah melebihi 1.2 juta unit. Rekod itu dipegang selama 14 tahun berturut-turut.

Pada 2016, Kumpulan Chery telah menjual lebih dari 700,000 unit kenderaan dan kira-kira 100,000 unit telah dieksport.

Jumlah tersebut bersamaan hampir 30 peratus dari jumlah keseluruhan kenderaan China yang dieksport ke luar negara.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pakej Extra Peace of Mind ini merangkumi penyelenggaraan penting bagi pemilik OMODA 5 dan TIGGO 8…
Pelancaran
Bukan hanya setakat dapat melihat, kami sebagai media sendiri sudah memandu uji model EV terbaharu…
Berita Domestik
Bagaimanapun, Chery tidak terlepas daripada menerima komen negatif ketika permulaan pengenalannya…