Chery terus mencatat kejayaan secara global, Omada 5 raih anugerah di Mexico dan Qatar

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Kehadiran model-model baharu dari Chery telah menaikkan semula nama syarikat asal China tersebut di peringkat global, terutama sekali dari segi angka jualan yang dihasilkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Omada 5, antara model baharu yang diperkenalkan Chery telah menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat global, sebelum ini juga Omada 5 telah menerima penarafan 5 bintang dalam ujian keselamatan Euro NCAP.

Baru-baru ini, Omada 5 telah menjadi model pertama di bawah siri global baharu yang menerima anugerah ‘Kenderaan Mid-
size Crossover Terbaik’ oleh Autoshow TV Mexico, serta Anugerah Auto 2022.

 

2

 

Selain itu, Persatuan Automobil Qatar juga telah menganugerahkan Omada 5 ‘Anugerah SUV Sains dan Teknologi Terbaik’, sekaligus membuktikan lagi pengiktirafan globalnya.

Dengan reka bentuk bergaya bersama teknologi futuristik, Omada 5 disasarkan untuk memenuhi kehendak golongan muda yang mahu mendahului trend semasa.

Selain Omada 5, Chery dijangka akan kembali ke pasaran Malaysia dengan beberapa model baharu mereka seperti Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro, kehadiran model dari Chery pastinya akan merancakkan lagi segmen SUV tempatan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagaimanapun, Chery tidak terlepas daripada menerima komen negatif ketika permulaan pengenalannya…
Model Terbaharu
Mengikut spesifikasi, Chery Omoda E5 membawakan spesifikasi motor elektrik tunggal pacuan roda…
Berita Global
Sedan sporti ini sebenarnya merupakan versi tukar lencana daripada model Chery Arrizo 5 GT yang…