Syarikat itu juga telah menjadi jenama kereta penumpang nombor 1 China selama 20 tahun berturut-turut, dengan 451,337 unit jualan eksport pada tahun 2022, catat peningkatan sebanyak 67.7 % berbanding tahun 2021.
Chery kini dilihat mampu menghasilkan produk yang boleh memberikan saingan pada peringkat global, perkara itu dibuktikan melalui jualan eksportnya mencecah 50,000 unit dalam masa 4 bulan sahaja.

Jualan syarikat itu diterajui oleh 2 model utama iaitu Tiggo 7 dan Tiggo 8, volum eksport kumulatif Chery kini menyumbang satu perlima daripada jumlah volum eksport kereta China.
Dari sudut perkembangan teknologi automotif, Chery telah berjaya menghasilkan inovasi teknologi baharu, dimana ianya melibatkan kumpulan saintis dan profesional teratas di peringkat global.
Sehingga akhir 2022, Chery telah memohon sejumlah 25,795 paten dan memperoleh 17,177 daripadanya, di mana 37% adalah untuk ciptaan, meletakkannya antara yang teratas dalam industri.

Syarikat itu juga telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat seperti Haier, Huawei, Luxshare Precision, CATL, iFLYTEK, Horizon Robotics dan perusahaan kelas pertama yang lain dalam bidang perindustrian internet, penyelesaian pintar, sistem bateri daya tarikan dan kerjasama ekosistem.
Untuk 2023, Chery dijangka untuk mengekalkan pertumbuhan dalam jumlah jualan tahunan bagi mencapai peningkatan yang berterusan dalam perniagaan kualiti untuk berjaya menduduki kedudukan antara perusahaan automotif terkemuka dunia.
Chery juga dijangka untuk kembali ke pasaran Malaysia untuk tahun 2023 dengan beberapa model baharu, bukan sahaja sebagai model CBU, malahan akan didatangkan sebagai model CKD.