Chery Omoda E5 tiba di Malaysia, sesi pratonton dalam masa terdekat, pelancaran rasmi 2024

oleh Mohamad Hanif|
Chery Malaysia dalam satu kenyataan rasmi mengumumkan ketibaan kumpulan pertama model EV Omoda E5 di Pelabuhan Klang.

KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Difahamkan, Chery Malaysia akan mengadakan satu sesi pratonton eksklusif untuk para pengamal media sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada tahun hadapan.
 

Chery


Untuk permulaan, Chery Malaysia akan menawarkan Omoda E5 dalam bentuk unit import sepenuhnya (CBU), tidak seperti Omoda 5 yang ditawarkan dalam unit pemasangan tempatan sepenuhnya (CKD).

Dalam laporan kami yang terdahulu, Chery Malaysia turut merancang untuk memulakan program pemasangan tempatan (CKD) untuk model-model baharu, termasuklah model EV.
 

EV


Omoda E5 membawakan sedikit perbezaan berbanding Omoda 5 versi petrol, seperti contoh rekaan jeriji hadapan tertutup, rim aerodinamik, ketiadaan tombol gear pada konsol tengah, serta ruang storan barangan yang lebih besar.

Dari segi kuasa, Omoda E5 datang dengan motor elektrik tunggal pacuan roda depan dengan janaan kuasa 221 hp dan 340 Nm, dengan jarak gerak sejauh 450 km.
 

EV


Pecutan 0-100 km/j memakan masa 7.8 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 170 km/j.

Chery Omoda E5 turut menyokong pengecasan pantas di mana pek bateri berkapasiti 61 kWh itu boleh dicas 20-80 peratus dalam masa 30 minit, dengan kadar penggunaan tenaga 15 kWh/100 km.
 

EV


Tidak ketinggalan, sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) yang merangkumi 16 fungsi keselamatan termasuklah pemantauan titik buta, amaran mengundur, serta brek kecemasan automatik dengan keupayaan pengesanan pejalan kaki dan penunggang basikal.

Chery Omoda 5 versi petrol yang dilancarkan sebelum ini dijual pada harga bermula dari RM108,800 hingga RM118,800.

Jadi, berapa pula harga anggaran jualan bagi EV Omoda E5 yang bakal dilancarkan kelak?

Baca: Empat model baharu Chery Malaysia tahun hadapan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, dua unit pertama itu akan menjalani ujian terlebih dahulu untuk menilai piawaian…
Model Terbaharu
Mengikut spesifikasi, Chery Omoda E5 membawakan spesifikasi motor elektrik tunggal pacuan roda…
Berita Domestik
Selain berpeluang melihat dengan lebih dekat beberapa buah model yang dijangka akan masuk Malaysia…