Chery OMODA 5 terima 5 bintang ASEAN NCAP

oleh Firdaus Razani|
Model SUV Chery Omoda 5 dijadikan sebagai model pertama jenama Chery yang dinilai oleh Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) sejak Chery kembali ke pasaran Malaysia dan Indonesia.

Dalam penilaian itu, Chery Omoda 5 menunjukkan komitmen keselamatan kenderaan dengan mencapai penarafan 5 Bintang ASEAN NCAP dengan skor keseluruhan 88.64 mata.

 

omoda

 

Jumlah skor yang dicapai adalah berdasarkan dari empat kategori yang dinilai di bawah protokol 2021–2025 yang terdiri daripada kategori seperti;

 

  • Adult Occupant Protection (AOP) - 36.77 mata
  • Child Occupant Protection (COP) - 17.36 mata
  • Safety Assist (SA) - 19.51 mata
  • Motorcyclist Safety (MS) - 15.00 mata

 

SUV Omoda 5 menekan komitmen keselamatan dengan kelengkapan standard dalam semua variannya yang terdiri daripada ciri seperti berikut;

 

  • Enam beg udara
  • Sistem brek ABS
  • Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)
  • Sistem Peringatan Tali pinggang keledar (SBR) untuk bahagian hadapan dan belakang
  • Autonomous Emergency Braking (AEB) City,
  • AEB Inter-Urban
  • Pengesanan Titik Buta (BSD) untuk kedua-dua bahagian pemandu dan penumpang
  • Teknologi Auto High Beam (AHB)
  • Pedestrian Protection (PP)

 

Model itu juga menawarkan beberapa teknologi bantuan keselamatan yang terdiri daripada Lane Departure Warning (LDW), Forward Collision Warning (FCW) dan Lane Keep Assist (LKA).

Butiran keselamatan pasif dan prestasi keselamatan aktif penilaian Chery OMODA 5 boleh didapati daripada laporan keputusan yang terdapat di laman web rasmi ASEAN NCAP.

ASEAN NCAP berbesar hati kerana salah satu model SUV Chery, OMODA 5, telah menjalani penilaian ASEAN NCAP.

Ini bagi memastikan spesifikasi keselamatan yang ditawarkan untuk model tersebut yang dijual di rantau ini memenuhi keperluan yang telah ditetapkan oleh ASEAN NCAP.

Ucapan tahniah kepada Chery OMODA 5 dalam pencapaian melalui penilaian pertamanya di bawah protokol penilaian ASEAN NCAP 2021–2025 semasa.

Melalui pencapaian 5 Bintang ini, ASEAN NCAP berharap Chery akan terus memastikan model lain yang dipasarkan untuk rantau ini mencapai prestasi yang sama seperti OMODA 5.

Ini sudah pasti akan memberikan faedah keselamatan yang diperlukan untuk dinikmati oleh pengguna ASEAN dan seterusnya membantu mengurangkan jumlah kematian jalan raya yang tinggi yang dihadapi oleh rantau ini.

Protokol penilaian ASEAN NCAP 2021–2025 semasa merangkumi empat domain penilaian, dengan AOP meliputi 40.00 mata daripada skor keseluruhan, dan COP, SA, dan MS masing-masing menyumbang 20.00 mata daripada skor keseluruhan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam kenyataan itu, Chery menekankan komitmennya untuk memastikan keselamatan pelanggannya dan…
Berita Domestik
Chery Auto Malaysia kini sudah menghubungi dan sedang berkomunikasi dengan pelanggan tersebut.…
Berita Domestik
Sejak kejadian, pasukan khidmat pelanggan Chery telah berhubung rapat dengan pelanggan dan telah…