Chery Omoda 5 dijangka terima kemas kini, enjin 1.6 TGDI, suspensi belakang Multilink

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Chery pada minggu lepas secara rasminya kembali ke pasaran Malaysia melalui pelancaran dua model terbaharunya iaitu Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro dengan harga yang agak kompetitif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menariknya, baru sahaja dilancarkan, salah satu model tersebut iaitu Omoda 5 dijangka akan menerima kemas kini baharu yang merangkumi enjin dan tetapan sistem suspensi belakang baharu pada tahun 2024.

Menurut sumber dari rakan media Automachi, Omoda 5 untuk pasaran Malaysia bakal menerima enjin 1.6 TGDI baharu yang mampu menghasilkan 197 HP dan 290 Nm.

 

2

 

Untuk pasaran China, enjin 1.6 TGDI itu dipadankan dengan transmisi dwi-klac 7 kelajuan.

Untuk versi sedia ada yang baru dilancarkan di Malaysia pula, Omoda 5 dikuasakan enjin 1.5 liter TCI 4 silinder dipadankan bersama transmisi CVT 9 kelajuan, yang mampu menghasilkan 156 HP dan 230 Nm.

Kemas kini baharu itu termasuk menggantikan tetapan sistem suspensi belakang jenis Torsion Beam kepada jenis Multilink untuk meningkatkan prestasi kendaliannya.

 

3

 

Menurut sumber juga, Omoda 5 dengan enjin 1.6 TGDI itu akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2024, dimana ia bakal menggantikan Omoda 5 dengan enjin 1.5 TCI.

Ini bermakna jualan Omoda 5 dengan enjin 1.5 TCI akan dihentikan, jika ianya benar, pembeli pastinya akan berbelah bahagi sama ada mahu membeli model sedia ada atau menunggu model dengan kemas kini tersebut.

Untuk pasaran Malaysia, Omoda 5 ditawarkan dengan dua varian iaitu C dengan harga bermula dari RM108,800, dan varian tertingginya H dengan harga bermula dari RM118,800.

 

Sumber: Automachi

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Mengenai spesifikasi, TIGGO 7 PRO dinadikan dengan enjin 1.6L turbo yang menghasilkan kuasa output…
Berita Domestik
Pusat pameran tersebut Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota…
Berita Domestik
Pelanggan turut berpeluang menikmati pakej eksklusif yang bernilai sehingga RM11,000 sekiranya…