Chery Malaysia & Touch ’n Go Jalin Kerjasama Strategik, Tawar RFID Bersama Kenderaan Baharu

oleh Qalif Latif|
Chery Corporate Malaysia mengumumkan kerjasama strategik bersama Touch ’n Go bagi memperkukuh ekosistem mobiliti digital di Malaysia, dengan fokus kepada penggunaan RFID yang lebih meluas dan mudah diakses oleh pengguna.

Melalui kolaborasi ini, tag RFID berjenama akan ditawarkan sebagai sebahagian pakej pembelian bagi model terpilih Chery, Omoda Jaecoo dan iCAUR yang dijual di seluruh negara. Pendekatan ini membolehkan pemilik kenderaan terus menggunakan kemudahan tol tanpa perlu pemasangan berasingan selepas pembelian.

Chery Corporate Malaysia, yang menyelia jenama Chery, Omoda Jaecoo dan iCAUR, kini semakin kukuh dalam pasaran tempatan. Sejak 2023, lebih 30,000 unit kenderaan Chery telah dihantar kepada pelanggan melalui rangkaian hampir 60 pusat jualan dan servis. Omoda Jaecoo pula mencatatkan 17,849 unit jualan pada 2025, dengan pertumbuhan lebih 150% berbanding tahun sebelumnya.

Inisiatif ini menunjukkan langkah proaktif Chery dalam menyediakan kenderaan yang sudah “RFID-ready” sejak hari pertama pemilikan. Sistem RFID ini juga direka untuk menyokong teknologi tol masa depan seperti Single Lane Fast Flow (SLFF) dan Multi-Lane Fast Flow (MLFF), menjadikannya solusi scalable untuk jangka panjang.

Menurut Men Lin Bo, Executive Vice President Chery Corporate Malaysia, integrasi RFID terus pada peringkat jualan adalah sebahagian usaha untuk meningkatkan pengalaman pemilikan yang lebih seamless dan praktikal.

Sementara itu, CEO Touch ’n Go Group, Praba Sangarajoo menyatakan kerjasama ini membuktikan industri automotif semakin melihat RFID bukan sekadar sistem pembayaran, tetapi komponen penting dalam masa depan mobiliti negara.

Kedua-dua pihak turut merancang kempen pemasaran bersama bagi meningkatkan kesedaran dan penggunaan RFID dalam kalangan pengguna, selari dengan visi mobiliti digital dan sistem jalan raya tanpa halangan di Malaysia.


 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Tiggo 9 merupakan model paling premium dalam barisan SUV Chery untuk pasaran tempatan, dengan fokus…
Berita Domestik
Acara ini disaksikan lebih 100 jemputan terdiri daripada wakil kerajaan dan media, bagi memastikan…
Kereta
Jenama iCAUR dan Pengenalan di Malaysia iCAUR merupakan jenama di bawah Chery yang memfokuskan…