Chery Malaysia lancarkan kilang CKD Jaecoo J7 di Shah Alam

oleh Firdaus Razani|
CHERY Auto Malaysia Sdn Bhd, kini menguatkan lagi jenamanya dalam usaha menjana pertumbuhannya di Malaysia dengan pelancaran Kilang Korporat Malaysia CHERY di Shah Alam.

Pembukaan kilang pemasangan tempatan (CKD) ini adalah yang pertama di rantau ASEAN untuk mengeluarkan JAECOO J7, kenderaan utiliti sukan (SUV) off-road premium.

 

chery

 

Pengerusi Chery Automobile Co. Ltd, Yin Tongyue berkata “Malaysia ialah sebuah pasaran yang sangat penting bagi CHERY.

“Wawasan kami bagi pasaran Malaysia ialah untuk melangkah maju seiring rakan-rakan tempatan dan pelanggan dalam jangka panjang,” tambahnya ketika berucap di majlis pelancaran Kilang Korporat Malaysia CHERY.

 

chery

 

Pelancaran kilang ini diraikan dengan pengeluaran SUV off-road premium JAECOO J7 All-wheel drive (AWD) sulung daripada barisan pengeluaran,

Majlis itu turut disaksikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan Menteri Industri dan Teknologi Maklumat dari China (MIIT), Dr Jin Zhuanglong.

 

chery

 

Turut hadir delegasi berperingkat tinggi dari China, Ketua Pengarah Jabatan Kerjasama Antarabangsa dari MIIT, Xu Chaofeng, Ketua Pengarah Jabatan Pertama Industri Pembuatan Peralatan dari MIIT, Wang Weiming, Pengarah Jabatan Pertama Industri Pembuatan Peralatan dari MIIT, Ma Chunsheng, Setiausaha Pejabat Agung MIIT, Sheng Yuanfeng dan Pengarah Jabatan Kerjasama Antarabangsa dari MIIT, Li Yuan.

Kehadiran delegasi ini jelas membuktikan kepentingan upacara tersebut dan pelaburan oleh pihak CHERY di Malaysia.

 

chery

 

Lawatan ke fasiliti ini memaparkan teknologi canggih terkini dan proses kawalan kualiti ketat yang diguna pakai bagi semua kenderaan JAECOO yang dikeluarkan.

JAECOO J7 AWD dan 2WD (Pacuan Dua Roda) bakal menjadi model pertama yang dipasang di kemudahan di Shah Alam.

Pembukaan kilang ini telah mencipta 500 pekerjaan baharu dengan potensi perkembangan seiring dengan permintaan pasaran.

 

chery

 

Terletak secara strategik di zon perindustrian Shah Alam, Kilang Korporat Malaysia CHERY beroperasi berhampiran para pengeluar tempatan yang penting kepada rantaian bekalan.

Kemudahan ini juga terletak tidak jauh dari pelabuhan paling sibuk Malaysia, yang merupakan pelabuhan kedua terbesar di Asia Tenggara.

Ia meningkatkan lagi tahap kesediaan pengeluar untuk mengeksport ke rantau ASEAN pada masa depan.

 

chery

 

“Di samping mengukuhkan rantaian nilai CHERY dan rangkaian kenderaan JAECOO kepada pelanggan, pelancaran hari ini menjadi petanda positif bagi industri automotif dan ekonomi Malaysia.

“Disokong oleh rangkaian servis kukuh yang dibina bersama rakan-rakan pengedar tempatan kami, CHERY teruja untuk membekalkan kenderaan terbaik dalam kelasnya dilengkapi dengan teknologi inovatif dan pengalaman pelanggan terbaik ke pasaran Malaysia.” tambah beliau.

 

chery

 

Sehingga kini, CHERY bertanggungjawab mencipta lebih daripada 1,000 pekerjaan di Malaysia menerusi operasi tempatannya.

Jenama ini juga mempunyai rangkaian 100 pusat jualan dan servis di seluruh negara.

Mengulas mengenai pasaran kenderaan Cekap Guna Tenaga yang sedang berkembang pesat, Yin menambah, “Kami gembira dengan sambutan positif daripada pelanggan di Malaysia terhadap jenama dan juga tawaran kami di bawah CHERY dan JAECOO.

 

chery

 

Memandangkan kenderaan elektrik bakal menguasai masa depan yang mesra alam, CHERY juga teruja untuk menyokong pertumbuhan kenderaan elektrik di Malaysia.”

JAECOO telah memberikan gambaran awal portfolio EV masa depannya kepada pasaran, dengan memperkenalkan kenderaan Tiggo 8 Pro Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV), JAECOO J7 PHEV dan EV JAECOO J6 di Malaysia Autoshow 2024 pada bulan Mei sejajar dengan cogan kata jenama, "New Energy, New Eco, New Era.”

 

chery

 

Pelancaran fasiliti tersebut akan diikuti dengan pelancaran rasmi kenderaan J7 di Malaysia, SUV kegunaan lasak premium oleh JAECOO, pada 19 hingga 21 Julai.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi senarai yang dipaparkan oleh JPJ pada hantaran Facebook, kenderaan Mercedes-Benz…
Model Terbaharu
Chery Tiggo 7 Pro merupakan sebuah model yang dibangunkan untuk diletakkan di dalam posisi kelas…
Berita Domestik
TDA memainkan peranan penting dalam memupuk kemajuan ekonomi dan teknologi Malaysia dan melalui…