Pakej Extra Peace of Mind ini merangkumi penyelenggaraan penting bagi pemilik OMODA 5 dan TIGGO 8 Pro, memastikan kenderaan mereka diservis mengikut jadual dan diperiksa secara berkala.
Dengan tambahan RM11,600, pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan pakej ini apabila membeli OMODA 5 atau TIGGO 8 PRO.
Pakej ini adalah perlindungan bagi kenderaan baharu yang membolehkan pemilik mengekalkan kenderaan pada tahap tertinggi dan mencegah daripada menghadapi masalah yang tidak dijangka.
Pakej komprehensif ini merangkumi penggantian item penyelenggaraan berjadual seperti Minyak Enjin, Penapis Minyak Enjin, Coolant Radiator, Cecair Brek, Penapis Udara, Spark Plug, Pencuci Minyak Enjin, dan Minyak Transmisi untuk 7 tahun pertama.
Selain itu, pelanggan akan lebih yakin apabila membawa kenderaan mereka ke mana-mana pusat servis Chery yang sah di seluruh negara, kerana pusat-pusat servis hanya menggunakan produk asli Chery.
Dengan membeli Pakej Extra Peace of Mind, pelanggan boleh yakin bahawa mereka tidak akan terjejas oleh peningkatan harga alat ganti dan kos penyelenggaraan dari masa ke semasa.
Hal ini kerana, dengan pakej tersebut, ia membolehkan pelanggann merancang perbelanjaan mereka dengan lebih berkesan dan cermat.
Selain itu, Pakej Extra Peace of Mind turut menawarkan waranti enjin selama 10 tahun atau perbatuan sehingga 1 juta km, memastikan perlindungan menyeluruh dan keyakinan yang meluas untuk pelanggan.
Untuk maklumat lanjut tentang Pakej Extra Peace of Mind, layari laman https://www.chery.my/ atau berkunjung ke pusat pameran Chery di seluruh negara untuk mendapatkan maklumat lanjut.