Chery eQ1 bakal masuk Malaysia - EV termurah di pasaran?

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu laporan terbaharu daripada rakan media Paultan, pengeluar kenderaan dari China Chery dikhabarkan akan muncul semula di pasaran Malaysia pada tahun depan.

Serentak dengan itu, Chery dilaporkan akan membawa masuk sebuah model kenderaan elektrik mini dua pintu yang digelar sebagai eQ1.

Mengikut spesifikasi, Chery eQ`1 didatangkan dengan motor elektrik berkuasa 74 hp yang menawarkan pecutan 0-50 km/j dalam masa bawah lima saat, serta kelajuan tertinggi 120 km/j.

Pek bateri pula boleh didapati dalam dua pilihan, iaitu 30.6 kWh dengan jarak operasi sejauh 301 km atau 38 kWh dengan jarak operasi sejauh 408 km (data NEDC).
 

Chery


Menurut Chery, sel bateri diperoleh daripada CATL sementara motor elektrik pula didapati daripada syarikat kerjasama dengan pengeluar Jepun Yaskawa Electric.

Untuk pasaran China, ia dilengkapi dengan ciri seperti butang parkir automatik, butang kawalan jauh, skrin tengah 10 inci HD, interaksi suara AI dan sambungan 4G Wi-Fi Baidu Car-Life.

Sebagai perbandingan, harga jualan di sana bermula dari 66,800 yuan hingga 80,000 yuan (RM44,300-RM53,000).

Sumber: Paultan