
Dalam ujian berprofil tinggi yang diadakan secara terbuka di Jakarta, dua unit bateri Chery Super Hybrid (CSH) direndam sepenuhnya dalam tangki air laut sedalam 1 meter selama lebih 53 jam. Ini bertujuan mensimulasikan situasi sebenar seperti banjir kilat yang kerap berlaku di rantau Asia Tenggara.
Lebih mengujakan, selepas ujian perendaman, bateri tersebut dipasang semula ke dalam TIGGO 8 CSH dan diuji secara langsung dengan dipandu menuruni cerun curam oleh Zeng Shuo, Naib Presiden Jualan Chery Indonesia, bersama Budi Darmawan Jantania, Pengarah Jualan Chery Indonesia membuktikan bateri masih berfungsi tanpa sebarang risiko keselamatan.

Teknologi “Guardian Battery” – Perlindungan Penuh dari Dalam ke Luar
Model ujian tersebut menggunakan bateri LFP berkapasiti 18.3 kWh yang disokong oleh sistem penebat multilapisan, termasuk:
-
10 lapisan di bahagian bawah
-
15 lapisan di sisi
-
16 lapisan perlindungan haba
Bateri ini juga mempunyai:
-
Sijil IP68 kalis air dan habuk
-
Jarak EV sehingga 90km
-
Keupayaan pengecasan pantas (30% ke 80% dalam 20 minit)
-
Tahan suhu -35°C hingga 60°C
-
Struktur ‘Chainmail Battery’ dengan 14 titik sauh dan kekuatan sehingga 200 kN
Teknologi ini juga telah diuji melalui pelbagai cabaran ekstrem di China seperti ujian jatuhan setinggi 4.9 meter, perlanggaran dua hala, dan pendedahan kepada kabus garam selama 720 jam.
Diuji untuk Iklim Kita – Malaysia Antara Pasaran Utama

Reka bentuk sistem bateri ini bukan hanya dibina untuk standard antarabangsa, tetapi juga mengambil kira iklim tropika dengan tahap kelembapan tinggi seperti di Malaysia dan Indonesia. Ujian ini secara langsung membuktikan ketahanan teknologi Chery terhadap risiko banjir, litar pintas dan kebakaran isu yang sering dibimbangi pemilik EV dan kenderaan hibrid di rantau ini.
Chery menyatakan bahawa pendekatan “In Somewhere, For Somewhere” adalah falsafah utama pembangunan mereka membina teknologi yang sesuai untuk persekitaran sebenar pengguna.
