Jenama yang dimaksudkan itu terdiri daripada Omoda, Jaecoo dan Exlantix.

Terdapat juga perancangan untuk mendirikan kilang pemasangan kenderaan di Eropah seawal 2024.
Menurut pengarah urusan Chery Eropah, Jochen Tueting memberitahu Reuters, pengeluar itu kini sedang bersiap untuk melancarkan jenama Omoda dan Jaecoo di pasaran utama Eropah termasuklah Jerman, Britain, Sepanyol, Itali dan Perancis.

Menjelang 2025, Chery akan melancarkan tiga buah SUV daripada setiap jenama itu, terdiri daripada model elektrik penuh, enjin pembakaran dalaman tulen dan hibrid.
Pada awal tahun 2025, jenama ketiga Exlantix akan muncul dengan membariskan model-model elektrik sepenuh masa.
Sumber: Reuters