Chery Auto Malaysia berjaya capai 10,000 unit CKD

oleh Firdaus Razani|
Chery Auto Malaysia menandakan pencapaian penting dengan memasang kenderaan ke-10,000 sejak bekerjasama dengan Inokom Corporation Sdn Bhd.

Pencapaian yang dicapai dalam tempoh hanya lapan bulan selepas memulakan operasi di kemudahan tercanggih 200 ekar Inokom di Kulim, Kedah.

Ia menggariskan komitmen Chery Auto Malaysia terhadap pertumbuhan dan kecemerlangan dalam industri automotif tempatan.

Chery Auto Malaysia dan Inokom Corporation merasmikan perkongsian mereka pada Mei 2023 dan kumpulan pertama OMODA 5 dan TIGGO 8 PRO pemasangan tempatan (CKD) telah dihantar pada Ogos tahun yang sama.

TIGGO 7 PRO yang bakal dilancarkan Chery tidak lama lagi juga telah memulakan pemasangan di kilang itu bulan ini dengan model elektrik, OMODA E5 akan menyertai barisan itu tidak lama lagi.

Dengan permintaan yang meningkat dan penerimaan pasaran yang menggalakkan, Chery Auto Malaysia meningkatkan operasinya dengan memperkenalkan barisan pemasangan kedua untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran di kilang itu.

Peluasan itu akan meningkatkan kapasiti pemasangan dan lebih baik memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang semakin meningkat di samping mengekalkan standard tertinggi kawalan kualiti untuk produk dan perkhidmatannya.

"Fokus kami sentiasa tertumpu pada menyampaikan produk yang selamat dan boleh dipercayai kepada pelanggan kami," kata Leo Chen, Presiden Chery Auto Malaysia. Chery Auto Malaysia,

Chery Auto Malaysia sentiasa berdedikasi untuk menyampaikan kenderaan yang selamat, berkualiti tinggi dan boleh dipercayai untuk pengguna Malaysia.

Chen yang berada di Kulim untuk melancarkan barisan pengeluaran baharu bersama Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Darby Motors berkata, "Kami komited untuk mengekalkan proses jaminan kualiti yang ketat semasa kami mengembangkan operasi kami di sini di Malaysia,".

Chen berkata kerjasama dengan Inokom merupakan satu perjalanan yang menggembirakan dan dia berharap perkongsian itu kekal kukuh.

“Kami mahu terus menawarkan pengalaman pemanduan dan pemilikan terbaik kepada pelanggan kami,” katanya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut JPJ, pihaknya akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited untuk…
Berita Domestik
Bagaimanapun, Chery tidak terlepas daripada menerima komen negatif ketika permulaan pengenalannya…