Charlos Ghosn akhirnya digugurkan daripada Mitsubishi Motors

oleh Mohamad Hanif|

Para pemegang kepentingan di dalam Mitsubishi Motors Corp, syarikat terkecil di dalam pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi akhirnya bersepakat untuk menyingkirkan Carlos Ghosn daripada jawatan pengerusi beliau. 

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat selama dua jam di hotel Tokyo, dan tempat beliau digantikan oleh Osamu Masuko, yang sebelum ini merupakan CEO Mitsubishi. 

Nissan sebelum ini turut sama mengadakan pertemuan bagi membincangkan kedudukan Carlos Ghosn setelah beliau ditahan akibat skandal yang menimpanya itu. 

Carlos Ghosn sebelum ini merupakan tokoh yang dikagumi di dalam Nissan kerana kejayaan beliau menyelamatkan syarikat Jepun itu daripada risiko bankrap. 

Namun, beliau telah ditahan di Jepun atas kesalahan memalsukan laporan kewangan, selain menyalahgunakan dana Nissan untuk tujuan peribadi dan pecah amanah. 

Menurut Carlos Ghosn, beliau mengaku tidak bersalah atas segala tuduhan yang dilemparkan. 

Sumber: Autoblog

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
"Kedua-dua itu langsung tidak berlaku untuk anak guam saya," ujar Laurens. Satu mahkamah sedang…
Berita Global
Bekas Pengerusi Nissan, Carlos Ghosn ditahan buat kali keempat menurut laporan daripada NHK atas…