Dalam perlumbaan Gran Prix Monza hujung minggu lepas, Leclerc berjaya memperoleh kemenangan keduanya musim ini, sekaligus meletakkannya antara pemandu terbaik dalam era moden Formula 1.
Namun sehebat manapun seseorang itu, pasti akan ada hari buruk yang perlu dihadapi.
Tular di TikTok baru-baru ini menunjukkan Leclerc yang memandu Ferrari Purosangue miliknya telah menyondol sebuah kereta lain di Monte Carlo.
@cameroncamasi Chuck crashing his 400k dollar Purosangue at farimont hairpin #f1 #ferrari @Angelina Orlando ♬ original sound - F1 Best
Dalam video tular itu, Leclerc dilihat memandu di selekoh Fairmont Hairpin sebelum melanggar belakang kereta di hadapannya.
Leclerc dilihat mengangkat tangan untuk memohon maaf dan kedua-duanya dilihat meneruskan perjalanan seperti biasa.