Changan CS95 + mesingan 12.7 mm = alternatif kepada trak pikap Toyota?

oleh Mohamad Hanif|
Imej yang dipaparkan ini bukanlah prop yang dihasilkan untuk penggambaran mana-mana filem Fast and Furious memandangkan mereka tidak pernah sekali-kali menggunakan jenama kenderaan yang datang dari Tanah Besar China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebaliknya, imej yang diperoleh daripada laman web Sina.com ini menunjukkan sebuah SUV mewah Changan CS95 yang dilengkapi dengan mesingan dengan kaliber 12.7 mm yang dipasang di atas bumbung dan boleh dikawal secara jauh. 
 


Dibangunkan oleh kontraktor pertahanan China yang tidak diketahui identiti mereka, mesingan tersebut turut menampilkan sensor elektro-optical dan dihubungkan menerusi papan kawalan di tempat duduk belakang. 

Tetapan mesingan berkaliber 12.7 mm tersebut sememangnya digeruni bagi pertempuran jarak dekat, dan dengan kuasa setinggi 229 hp, ia mampu menggerakkan anggota keselamatan, kaca kalis peluru, perisai dan mesingan yang terpasang pada SUV ini. 

 


Adakah ini satu alternatif buat trak pikap Toyota yang selama ini menjadi pilihan untuk misi ketenteraan?

Sumber: Popular Mechanics

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebuah lagi jenama baharu muncul yang bernaung di bawah Changan, iaitu Deepal yang memperlihatkan…
Berita Global
Untuk tempoh suku kedua tahun ini, Xpeng berjaya meningkatkan jumlah kenderaan yang dijual sebanyak…
Berita Global
Syarikat Suzuki Motor bersetuju untuk memindahkan 50 peratus sahamnya di dalam Changan Suzuki…