Tidak puas hati dengan usaha itu sahaja, CFMoto mahu menghasilkan produk mereka sendiri dengan enjin-enjin KTM, dan ia dibuktikan melalui motosikal konsep CFMoto V.02 NK dalam tahun 2017.
CFMoto juga sudah melancarkan motosikal tourer 1250TR-G dengan enjin 1,279cc KTM tetapi usaha pengilangan masih belum dimulakan.
Model adventure 800MT ini menggunakan enjin 799cc LC8c KTM dan mempunyai kuasa maksimum 94 hp dan 77.3 Nm - tertinggi untuk mana-mana motosikal dari pengeluar motosikal China.
Selain dari itu, ia menggunakan teknologi terkini seperti traction control dan cornering ABS dari Bosch. Dilengkapkan dengan sebuah skrin 7-inci, antara ciri lain ialah lampu tinggi automatik, keyless start dan navigasi.
Sistem gantungan ialah dari KYB Jepun sementara brek pula ialah dari syarikat brek Sepanyol - J.Juan.
Harga yang dijangka di China adalah lebih rendah dari KTM dan ia dikhabarkan akan mula dihasilkan dalam Suku Kedua tahun 2021.
Semestinya ia akan dieksport dan harganya pasti lebih murah dari jenama-jenama Eropah.