CFMOTO sudah sedia dengan motosikal bogel?

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama CFMoto dikatakan adalah pengeluar motosikal terbaik dari China, dan minggu lalu ia telah memberikan sedikit pembayang untuk model terbaharunya.

Motosikal genre "naked" yang kelihatan seperti model konsep CLX700 di Eicma tahun 2019 itu kelihatan seperti sudah siap untuk dihasilkan, kecuali beberapa lagi aksesori wajib seperti madgad belakang dan lampu-lampu membelok.

Mensasarkan model Yamaha MT-07 sebagai pencabar utama CFMoto, model CLX700 datang dalam tiga varian bagi mencabar pemain-pemain lain -  scrambler rugged dengan tayar offroad dan beg sisi, supernaked yang kosong tetapi grafik yang garang dan varian standard seperti di dalam gambar. 

 

Tags

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
XO Papio dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api…
Pelancaran Motosikal
Apa yang menariknya, setelah pelancaran global itu, model CFMOTO 450SR bakal ditawarkan untuk…
Berita Domestik
Dari model Heritage, CFMoto akan menghasilkan varian Sport yang lebih dinamik dan juga varian…