CFMoto 800MT dijangka tiba di Malaysia menjelang 2022

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar motosikal China, CFMoto telah pun memperlihatkan secara rasmi model terbaharu di dalam genre ADV, iaitu CFMoto 800MT beberapa bulan yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

CFMoto 800MT secara asasnya merupakan 'kembar' kepada model KTM 790 Adventure, di mana ia mengguna pakai casis serta enjin parallel-twin bersesaran 799cc yang menghasilkan 95 hp dan 88 Nm.

Namun, talaan yang diberikan kepada enjin LC8 ini membolehkan CFMoto 800MT menghasilkan kuasa setinggi 94 hp dan 78 Nm.

 


Menurut sumber Careta, CFMoto mengesahkan kemasukan model 800MT ini untuk pasaran Malaysia menjelang tahun 2022 dan ia dijangka membawakan senarai spesifikasi yang lebih premium seperti kawalan jelajah, sistem quickshifter dua arah, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), serta sistem permulaan tanpa kunci.

Selain daripada itu, CFMoto 800MT ini juga turut mendapat kelengkapan standard seperti windshield larasan manual, pelindung tangan, pendikit dengan pemanas terbina, tempat duduk dengan pemanas terbina, crash bar, serta pelindung enjin, sementara kotak simpanan barang pula ditawarkan sebagai opsyen.

 


Difahamkan, dengan kehadiran CFMoto 800MT ini bakal memeriahkan lagi pasaran segmen ADV memandangkan ia dijangka menawarkan harga jualan yang lebih mampu milik berbanding model-model pesaingnya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat motosikal Jepun itu kini bakal berganding bahu bersama Zhejiang CFMoto Power (CFMoto) yang…
Pelancaran Motosikal
XO Papio dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api…
Pelancaran Motosikal
Apa yang menariknya, setelah pelancaran global itu, model CFMOTO 450SR bakal ditawarkan untuk…