Cezeri 'terbang' buat kali pertama

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingatkah anda kepada model 'kereta terbang' dari negara Turki, Cezeri?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Secara teknikalnya, 'kereta terbang' yang dimaksudkan adalah sebuah quadcopter dengan kapasiti seorang penumpang pada satu-satu masa dan keupayaan untuk terbang dan mendarat secara menegak (VTOL).

Dalam ujian yang dijalankan baru-baru ini, Cezeri berjaya terbang beberapa kaki di atas tanah yang dikawal penggunakan alat kawalan jauh.

Menurut pengarah teknikal Bayker Makina, Selcuk Bayraktar percaya bahawa Cezeri bakal menjadi salah satu mod pengangkutan awam di Turki dalam masa 10-15 tahun akan datang.

Namun, sebelum impian tersebut menjadi kenyataan, Cezeri akan digunakan untuk tujuan rekreasi di kawasan luar bandar dalam masa 3-4 tahun.

 


Nama pesawat VTOL tersebut sebenarnya diambil daripada nama jurutera Muslim terkemuka, Ismail al-Jazari yang hidup antara tahun 1136 sehingga 1206.

Syarikat Bayker Makina telah pun banyak menghasilkan produk dron untuk kegunaan pasukan bersenjata dan pasukan bukan bersenjata, serta sistem kawalan, simulasi dan sistem aviasi.

Bayraktar juga mengesahkan terdapat pelan untuk menjalankan ujian dengan menggunakan khidmat juruterbang manusia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia beberapa minggu sebelum syarikat itu tersenarai Nasdaq yang menjadikan pesawat pembawa penumpang…
Berita Global
eHang ialah pengeluar pertama yang dibenarkan menawarkan perkhidmatan teksi terbang di China.…
Berita Global
Walaupun digelar sebagai 'kereta terbang', secara asasnya ia adalah sebuah quadkopter dengan…