Cetak cap jari sendiri pada Porsche 911 - RM34 ribu sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Cap jari merupakan satu ciptaan Tuhan yang sangat spesifik dan unik untuk setiap manusia, sehinggakan ia dijadikan sebagai satu bentuk identiti yang mampu membezakan antara dua manusia yang hampir serupa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semakin kita meningkat usia, kesan cap jari akan semakin pudar dan ini adakalanya menyusahkan terutama ketika membuat sebarang urusan yang melibatkan penggunaan cap jari, seperti contoh di pejabat kerajaan yang kaunternya hanya bukak dua tiga dan selebihnya mengular mencari sarapan. 

Jadi, bagaimana jika kami katakan anda boleh 'mengabadikan' kesan cap jari pada sebuah kereta? Anda percaya? 
 


Tidak percaya, tak mengapa, kerana opsyen ini sebenarnya memang wujud dan ditawarkan sendiri oleh Porsche Exclusive Manufaktur, Zuffenhausen. 

Bagi mewujudkan sebuah Porsche 911 yang benar-benar menggambarkan diri anda, pihak Porsche Exclusive Manufaktur boleh mencetak kesan cap jari anda secara terus ke atas jentera anda. 
 


Kedengan aneh bukan, namun opsyen ini tidak terhad kepada cap jari semata-mata kerana Porsche turut menawarkan rekaan yang spesifik untuk dipilih oleh pelanggan. 

Beralih semula kepada cap jari itu tadi, sistem biometrik akan digunakan untuk mengakses cap jari pelanggan sebelum dicetak menggunakan robot, lapisan jernih (clear coat) dan diakhiri dengan kemasan yang premium sesuai dengan status Porsche. 
 


Menurut Christian Will, Naib Presiden Pembangunan Produksi Porsche AG berkata, "sistem percetakan kompleks ini memerlukan keharmonian antara robot, teknologi aplikasi (kepala pencetak dan pengendalian grafik) serta teknologi pengecatan. 

Porsche Exclusive Manufaktur akan mula membuka tempahan kepada pelanggan yang berminat dengan rekaan cap jari bermula bulan  hadapan dengan harga serendah €7,500 (RM34,296) sahaja. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekaan luaran model 911 Sport Classic ini diinspirasikan daripada model asal 911 tahun 1964-1973,…
Berita Global
Untuk menjadikan kenderaan pelanggan lebih bersifat peribadi dan lain daripada yang lain, Porsche…
Gaya Hidup
Ini kerana menurut Alexander Fabig, Ketua Personalizasi dan Klasik Porsche menyebut: "90 peratus…