CES 2022: VinFast perlihat barisan SUV elektrik lengkap dari segmen A hingga E

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di acara Consumer Electronics Show, syarikat pengeluar automotif Vietnam, VinFast mengambil peluang dengan memperlihatkan barisan SUV serba lengkap untuk pasaran Amerika Syarikat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model SUV yang dimaksudkan itu merangkumi SUV elektrik dari segmen A (VF5), segmen B (VF6), segmen C (VF7), serta dua SUV segmen D dan segmen E yang dijenamakan semula daripada nama lama, iaitu VF8 (daripada VF e35) dan VF9 (daripada VF e36).

Kesemua model SUV itu tadi direka sepenuhnya oleh Pininfarina dan Torino Design yang menampilkan jalur LED ikonik berbentuk sayap pada bahagian depan dan belakang.
 

VF5


Tiada sebarang spesifikasi atau butiran lanjut didedahkan oleh VinFast, namun varian asas Eco dikatakan mampu menawarkan teknologi semi-autonomi Tahap 2+, manakala varian Premium pula akan dilengkapi teknologi Tahap 3 dan Tahap 4.

Teknologi yang dimaksudkan itu merangkumi bantuan kesesakan jalan raya, bantuan di lebuh raya, bantuan pengekalan lorong, bantuan penukaran lorong automatik, parkir automatik sepenuhnya dengan mod seru, serta keupayaan parkir jarak jauh.
 

VF6


VinFast juga turut mengumumkan program langganan bateri yang terdiri daripada dua pilihan, iaitu Flexible dengan jarak pemanduan sejauh 500 km untuk sebulan, atau Fixed dengan jarak perbatuan tanpa had.

SUV VF8 (harga dari $41,000 / RM171,934) dan VF9 (harga dari $56,000 / RM234,836) akan dilancarkan secara rasmi pada suku keempat tahun ini, sementara tiga model lagi akan dilancarkan pada tahun 2023.
 

VF7


Dalam pada itu, CEO Global VinFast, Le Thi Thu Thuy memberitahu pihak mereka akan membina sebuah kilang giga di Amerika Syarikat, serta fasiliti penghasilan bateri di Vietnam yang kini sedang dalam pembinaan.

Produksi kenderaan elektrik VinFast akan bermula di US pada lewat tahun 2024.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun pada acara IIMS 2024 tersebut, Vinfast tayangkan lima buah model EVnya, iaitu model VFe34…
Berita Global
Menurut Naib Presiden Jualan Pasaran Asia VinFast, Zachary Mark Hollis berkata "VinFast menyasarkan…
Berita Domestik
Kilang tersebut akan menghasilkan serta mengeksport terutama ke pasaran di Asia Tenggara dan…