CES 2022: Bugatti lancar skuter elektrik, jarak gerak 35 km

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di acara Consumer Electronics Show (CES 2022), Bugatti turut sama mempamerkan model baharu berkuasa elektrik sepenuhnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bukanlah sebuah supercar sepertimana kebiasaan Bugatti, akan tetapi sebuah skuter elektrik yang dihasilkan dengan kerjasama Bytech International.

Skuter ini boleh didapati dalam tiga warna, iaitu Agile Blue, Silver dan Black, dengan berat sekitar 15.9 kg dan dikuasakan oleh motor elektrik tunggal 700 watt (0.94 hp).

 

bugatti


Menurut Bugatti, skuter ini mempunyai rangka aloi magnesium, dengan rekaan yang aerodinamik serta pek bateri yang mudah untuk dicabut.

Sekali cas penuh mampu membenarkan jarak tunggangan sejauh 35 km dengan kelajuan maksimum 30 km/j, dan terdapat tiga mod yang boleh dipilih iaitu Economy, City dan Sport.

Tidak ketinggalan, ciri kawalan jelajah, sistem brek berkembar dengan ABS elektronik untuk roda belakang, lampu membelok, serta iluminasi logo EB pada bahagian belakang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sewaktu dilancar pada 1924, Type 35 hadir dengan pelbagai inovasi teknikal yang telah…
Berita Global
  Dari situ lahir Chiron Super Sport ‘57 One of One’ dan kisah di sebaliknya memang menarik.…
Berita Global
  Dibekalkan kuasa tinggi dan sebagai sebuah kereta litar hiper, Bolide menggunakan monokok…