Cervélo R5 Automobili Lamborghini Edition - RM74.9k sahaja!

oleh Muhammad Md Tajudin|
CERVÉLO R5 AUTOMOBILI LAMBORGHINI EDITION
CERVÉLO R5 AUTOMOBILI LAMBORGHINI EDITION
Kepada peminat kereta eksotik dan kayuhan basikal, ini ada buah tangan istimewa untuk anda. 

Automobili Lamborghini dan Cervélo Cycles memperkenalkan Cervélo R5 Automobili Lamborghini Edition yang hanya dikeluarkan sebanyak 63 unit sahaja.

Basikal berprestasi tinggi Cervélo R5 hadir dengan grafik celoreng ala Lamborghini Aventador SVJ yang mencatat rekod di litar Nürburgring Nordschleife pada 2018 dengan masa 6:44.97.

Basikal ini dilengkapi komponen yang hanya diperbuat di Itali.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lamborghini Aventador SVJ

 

Basikal Cervélo R5 Automobili Lamborghini Edition dibina bagi menawan curam tinggi dan menuruni pergunungan Dolomite di Itali.

Basikal ini membawa pengaruh Aventador SVJ sebagai sebuah kereta yang pantas dari segenap segi dan pada masa sama mempunyai pengendalian dan karakter yang mudah.

Kenapa 63 unit sahaja dan apa signifikannya? Angka itu dipilih bagi meraikan tahun syarikat dari Sant’Agata Bolognese tersebut ditubuhkan.

 

CERVÉLO R5 AUTOMOBILI LAMBORGHINI EDITION

 

Spesifikasi R5 ini berbeza dengan spesifikasi standard yang ditawarkan oleh Cervélo.

Di antaranya ialah set gear Campagnolo Super Record EPS dan roda Campagnolo Bora One dengan tayar Vittoria Corsa Pro.

Pelana menggunakan jenama Fizik Aliante dan stem dari Deda Elementi. Spesifikasi tersebut dikongsikan secara umum dan tiada butiran terperinci diberikan.

Kepada yang berminat, Cervélo R5 Automobili Lamborghini Edition dijual pada harga US$18,000 (RM74,952) dan boleh dipesan dari pengedar dan penjual rasmi Cervélo.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

CERVÉLO R5 AUTOMOBILI LAMBORGHINI EDITION