Cerun runtuh, laluan KM393.4 LPT2 ditutup sementara waktu

oleh Penyumbang Rencana|
Laluan Kilometer (KM) 393.4, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) arah utara menghala ke Ajil di sini ditutup untuk kegunaan kenderaan ekoran kejadian cerun runtuh malam tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jurucakap Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn. Bhd. (LPT 2) berkata, insiden cerun runtuh tersebut berlaku pada pukul 11.10 malam.

Beliau berkata, kejadian cerun runtuh tersebut berlaku di lokasi sama berlaku limpahan air dan banjir lumpur pada pukul 11.30 pagi semalam.

“Laluan kontra telah dibuka berikutan kejadian limpahan air itu sebelum ditutup kira-kira sejam kemudian setelah kerja-kerja pembaikan selesai.

 


“Begitupun, berlaku kejadian cerun runtuh di laluan kontra terbabit pada pukul 11.10 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, jurucakap LPT 2 berkata, buat masa ini, semua kenderaan yang melalui lebuh raya berkenaan dari arah Kuantan, Pahang akan dilencongkan keluar ke Plaza Tol Dungun di sini.

“Kenderaan yang dari arah Kuala Terengganu pula akan keluar melalui Plaza Tol Ajil di sini,”katanya.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Berita Berkenaan

Informasi
Bagaimanapun, pemantauan berterusan akan dilakukan dari masa ke masa oleh pihak berwajib bagi…
Informasi
  "Kerja pembaikan cerun runtuh sedang dilaksanakan di tapak dan kita jangka mungkin dua ke tiga…