Cerun runtuh: Jalan Persiaran Senawang 3 ditutup sementara

oleh Penyumbang Rencana|
Jalan Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, di Seremban, ditutup sementara pada Khamis kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di kawasan berkenaan.


Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan, Ir Wan Hasnan Wan Musa berkata, sehubungan itu, pengguna disaran menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Persiaran Senawang 1 dan 2 untuk ke destinasi masing-masing.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Kerja pembaikan cerun runtuh sedang dilaksanakan di tapak dan kita jangka mungkin dua ke tiga bulan lagi jalan itu boleh digunakan, penutupan sementara itu perlu demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna pada masa hadapan.

 

"Kawasan berkenaan sebelum ini memang ada rekahan awal dan kontraktor memang sedang buat kerja pembaikan namun disebabkan hujan hampir setiap hari, jadi rekahan makin aktif dan besar, pergerakan tanah berlaku dan tidak selamat untuk dilalui,” katanya kepada Bernama, pada Khamis.

Justeru, beliau menasihatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

 

 

- Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Bagaimanapun, pemantauan berterusan akan dilakukan dari masa ke masa oleh pihak berwajib bagi…
Berita Domestik
Jurucakap Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn. Bhd. (LPT 2) berkata, insiden cerun runtuh tersebut berlaku…