Ceroboh ruang udara Pasir Gudang, kerajaan perlu siasat pesawat Singapura

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan/gambar dari Kelvin Cheng
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Johor, perlu segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kejadian pencerobohan ruang angkasa Malaysia oleh pesawat Singapura, yang semakin kerap kebelakangan ini.


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, berkata beliau menerima banyak aduan daripada penduduk mengenai pesawat tentera udara Singapura yang terbang rendah di sekitar kawasan berkenaan yang bukan sahaja menimbulkan gangguan malah kebimbangan.

 

Katanya, kekerapan pesawat tentera republik itu menceroboh ruang udara negara ini juga menimbulkan persoalan kerana semakin meningkat sejak awal bulan ini.

 

"Selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang saya mohon Kerajaan Pusat dan kerajaan Johor, terutama Kementerian Luar Dan Kementerian Pertahankan menyiasat segera kejadian pencerobohan ruang angkasa Malaysia oleh pesawat negara asing ini.

 

"Tindakan sewajarnya perlu diambil oleh kerajaan.

 

"Kejadian pencerobohan ruang angkasa negara kita ini kelihatan kerap berlaku selepas Kerajaan Pusat membangkitkan isu untuk mengkaji semula kes Batu Puteh atau Pedra Blanca," katanya dalam kenyataan, semalam.

 

Mengulas lanjut, Hassan berkata, beliau telah menerima banyak aduan dari orang ramai serta penduduk setempat di Pasir Gudang yang membabitkan Parlimen Tebrau dan Parlimen Pasir Gudang, mengenai isu berkenaan sejak awal Oktober lagi.

 

"Mereka mengadu kepada saya mengenai kekerapan kelihatan pesawat tentera republik Singapura terbang rendah di ruang angkasa Pasir Gudang yang berjiran dengan Singapura.

 

"Kawasan yang terbabit adalah seperti di Kampung Pasir Putih, Taman Scientex, Taman Air Biru dan Taman Cendana," katanya.

 

 

-BeritaHarian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Kami berada di peringkat akhir proses. Kami sedang melihat penggantian satu sama satu pada armada…
Berita Global
  Pesawat bernilai AS$200 juta (kira-kira RM838.5 juta) itu direka khas lengkap dengan pusat…
Berita Domestik
  "Sebaik kapten menyedarinya, beliau membuat keputusan untuk melencongkan pesawat ke Kuching…