Cermin fotokromik: prinsip di sebalik sekeping kaca auto-kelam

oleh Mohamad Hanif|
Bayangkan anda sedang dalam perjalanan ke rumah di waktu malam, dan di belakang anda, terdapat sebuah MPV/SUV premium terkenal dengan kesilauan lampu utama mereka sedang berjalan santai di belakang anda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apa perasaan anda bila mana anda terpaksa melaraskan cermin pandang belakang supaya ia tidak menyilaukan pandangan anda?

Mengikut sains, perasaan terganggu akibat silau cahaya lampu ini digelar sebagai Troxler Effect, di mana ia boleh 'membutakan' mata pemandu seketika dan memperlahankan respon sebanyak 1.4 saat, dan sekiranya anda sedang memandu dalam kelajuan 100 km/j, masa 1.4 saat itu merangkumi jarak sejauh 37 meter. 

Bayangkan dalam jarak 37 meter itu anda tidak sempat untuk melakukan apa-apa perbuatan disebabkan masalah silau ini. 
 

 

Oleh sebab itu, cermin auto-kelam dicipta untuk mengatasi masalah silau yang selama ini dialami oleh para pemandu dengan menggunakan proses yang digelar electrochromism.  

Kebiasaannya, cermin elektrokromik ini mempunyai dua alat pengesan sama ada kamera atau photodiode-based photodetector yang mengesan silau daripada lampu utama dan seterusnya menghantar isyarat tersebut menerusi gel electrokromik.

Di sini, perubahan akan mengakibatkan bahan di dalam gel tersebut menjalani proses penurunan pengoksidaan, menukarkan keadaan daripada keadaan telus (transparent) kepada gelap. 

Keadaan cermin yang gelap ini akan menghalang isyarat cahaya yang berlebihan daripada arah belakang, dan seterusnya mengurangkan kadar silau yang mampu mengganggu pemanduan ketika pada waktu malam. 
 


Cuma ada kalanya apabila sekali sekala memandu kenderaan yang tidak dilengkapi ciri ini dan terserempak pula dengan situasi seperti gambar di atas, terkeluar perkataan mencarut sepanjang jalan pun ada.