Cerita di belakang logo jenama-jenama kereta terkenal

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Lamborghini

 

Pada awal 1960an, pengasas syarikat Ferruccio Lamborghini selalu menghabiskan masa dirumahnya bersama Don Eduardo Miura, seorang penternak lembu jantan yang terbaik di Sepanyol. Lamborghini amat kagum dengan kekuatan dan kegagahan binatang ternakan Miura dan berkeputusan bahawa logo syarikatnya akan disertai imej lembu jantan. ‘Miura’ juga adalah nama kereta Lamborghini yang menjadi lagenda sehingga hari ini.  

 

Lambo-1

Lambo-2

 

Ferrari

 

Scuderia bermaksud ‘bangsal kuda’ tetapi apa kaitannya dengan Ferrari? Bentuk kuda menari yang terpapar pada logo Ferrari sebenarnya berasal dari imej kuda yang ada pada badan kapalterbang pejuang Itali yang digunakan pada Perang Dunia pertama. Ibu kepada juruterbang yang menerbangkan kapalterbang itu telah meminta Enzo Ferrari untuk juga meletakkan imej kuda menari itu pada kereta keluarannya kerana katanya ia akan membawa tuah. Warna kuning pada logo itu pula ialah warna rasmi kota Modena, dimana kereta Ferrari dikeluarkan. 

Ferrarilogo

 

Chevrolet

 

Walaupun selalu dikaitkan dengan lambang salib, logo Chevrolet sebenarnya dihasilkan untuk meniru bentuk tali leher jenis ‘bow tie’. Lagenda mengatakan kerana pengasas syarikat, William Durant, suka dan meniru hiasan kertas dinding bentuk bow tie yang terdapat di bilik hotel di Perancis pada tahun 1914. Isteri Durant pula menafikan tanggapan tersebut dan mengatakan suaminya mendapat inspirasi dari iklan syarikat arang yang terdapat pada suratkhabar yang dibaca suaminya pada tahun 1911. 

 

Chevy-1

Chevy-2

 

BMW

 

BMW adalah huruf singkatan bagi ‘Bayerische Motoren Werke’ - dengan ringkas bermaksud ‘Syarikat Pengeluar Enjin dari Bavaria’. Pada awalnya ramai salah anggap dan menyangka imej biru dan putih itu melambangkan kipas kapalterbang yang sedang berpusing. Kesilapan ini disebabkan sebuah iklan yang dikeluarkan pada tahun 1929 yang mengaitkan kontrak BMW membina enjin kapalterbang dengan logo tersebut. Tetapi hakikatnya ialah logo BMW adalah hasil buah fikiran Franz Josef Popp (salah seorang dari tiga pengasas BMW) yang mahu membuat sebuah logo yang berbeza dari syarikat lamanya, Rapp Motorenwerke. Oleh itu dia mengekalkan bentuk bulat tetapi mengisi ruang itu dengan warna rasmi bandar Bavaria. 

BMWlogo-1

BMWlogo-2

 

Subaru

 

Maksud ‘Subaru’ ialah ‘Penyatuan’. Subaru juga istilah gugusan bintang Taurus bernama ‘Pleiades’ menurut pengkaji bintang purba di Greece. Apa kaitannya dengan syarikat pengeluar kereta Jepun itu? Gugusan bintang itu dikatakan melambangkan tujuh anak perempuan watak mitos Greek, Atlas (ya, nama lain bagi ‘peta’) dan Pleione. ‘Bintang' pada logo Subaru hanya enam kerana bintang ketujuh itu tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Sebab ia digunakan pada logo syarikat Subaru adalah sebuah misteri yang hanya Kenji Kita, pengasas Fuji Heavy Industries (yang memiliki jenama Subaru) sahaja yang tahu.

 

Subslogo

 

Mercedes-Benz

 

Mercedes-Benz sebenarnya berasal dari gabungan dua syarikat, iaitu Daimler-Motoren-Gesellschaft (DMG) yang diasaskan pada 1890, dan Benz & Cie yang diasaskan pada 1883. Selepas kematian Daimler pada tahun 1900, jurutera utamanya, Wilhelm Maybach (ya, nama kereta itu) mengambil alih dan melantik seorang peminat lumba kereta Emil Jellinek, sebagai rakan perniagaannya. Anak perempuan Jellinek, bernama Mercédès – asal nama orang Sepanyol bermaksud ‘cantik dan menyerikan’ telah menjadi inspirasi nama syarikat. Logo tiga bintang itu pula berasal dari poskad yang dihantar oleh Daimler kepada anaknya dengan gambar lokasi kilang yang ditanda dengan lambang bintang yang melambangkan bahawa lokasi itu akan suatu hari menjadi tempat penuh kegemilangan bagi DMG. Anak-anak Daimler terus menghakcipta lambang tiga bintang tersebut dan apabila kedua-dua syarikat bergabung, lambang baharu telah dihakcipta, kini disertai dengan logo Benz & Cie yang terdapat imej lingkaran daun laurel. Syarikat baharu dinamakan Daimler-Benz AG, yang sekarang menjadi Mercedes-Benz. 

Mercedeslogo

 

 

Merclogo-2

Benzlogo

 

Volvo

 

Asal nama Volvo ialah dari perkataan Latin "Volvere" yang bermaksud berputar. Apa yang berputar? Tayar, ball-bearing, apa-apa sahaja. Dan kaitannya dengan logo yang bulat dan mempunyai penunjuk arah itu ialah kerana ia adalah simbol bahan kimia purba untuk besi. Ia juga adalah lambang Mars (bukan coklat itu). Mars adalah nama dewa perang dalam mitos Empayar Rom, oleh itu, Volvo mahu dikaitkan dengan dewa perang dan juga kekuatan bahan besi. Ini menjadi suatu tanda yang Volvo melambangkan kekuatan, keselamatan dan kepercayaan teguh pada produk-produk keluarannya. 

 

Volvo

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, pendekatan tersebut tidak lagi digunakan untuk model Camry generasi baharu. Kenapa? Jika…
Berita Global
Logo baharu itu kini berbentuk oval namun masih lagi mengekalkan elemen rekaan double chevron…
Berita Global
Serentak dengan itu, Toyota turut memperlihatkan logo baharu Crown yang kini dengan grafik yang…