'Cerah Ceria Bersama BHPetrol' program keselamatan jalan raya capai tahun ke-10

oleh SALINA JALIL|
BHPetrol tidak pernah jemu dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya di kalangan murid-murid sekolah rendah. Tahun ini merupakan tahun ke-10 BHPetrol menjalankan program ‘Cerah Ceria Bersama BHPetrol’ dan fokus utama adalah kepada komuniti di Kuala Lumpur.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Program yang telah berlangsung pada 9 Oktober 2019 telah diadakan di SK Kementah Kuala Lumpur, di mana lebih 1,000 orang murid telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti keselamatan jalan raya yang sepadan dengan kurikulum pendidikan keselamatan jalan raya semasa yang di didik di peringkat sekolah. 
 

 

Program Cerah Ceria bersama BHPetrol ini merupakan Corporate Social Responsibility (CSR / tanggungjawab korporat sosial) yang telah diadakan sejak tahun 2010 apabila BHPetrol mendapati terlalu sedikit inisiatif dan kesedaran berkaitan keselamatan jalan raya untuk kanak-kanak, terutama di kawasan luar bandar. 
 

 

Sejak dari itu, program Cerah Ceria ini telah pergi ke sekolah-sekolah di Sabak Bernam, Hulu Langat, Pelabuhan Klang, Muar, Temerloh dan terkini di Kementah Kem Kuala Lumpur untuk memberikan pendedahan keselamatan jalan raya yang bermanafaat kepada murid-murid sekolah dari peringkat awal.
 

 

Fokus program itu adalah untuk memastikan kanak-kanak dapat dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain, terutama kepada pemandu kenderaan-kenderaan berat seperti lori tangki minyak. Selain itu ia turut melengkapkan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan tentang keselamatan jalan raya dan. 

 


Program tersebut menggunakan pepatung sebagai ikon keselamatan jalan raya untuk menunjukkan bahawa walaupun kecil, ia boleh dilihat dari jauh. Ia adalah untuk menerapkan kepentingan untuk melihat dan dilihat juga (seeing dan being seen).

 

 

Bagi membantu kanak-kanak terlibat memahami dan menerapkan kepentingan konsep dilihat dan mengamalkan tingkah laku yang selamat semasa berada di jalan raya, BHPetrol telah mengadakan sebanyak sembilan aktiviti yang merangkumi aspek tersebut.

 

Antara aktiviti  yang dikendalikan oleh kakitangan BHPetrol termasuk jarak berhenti kenderaan, lima langkah melintas jalan, limitasi fizikal, memakai pakaian terang dan menunggang basikal dengan selamat. 
 

 

 

Setiap tahun pegawai polis trafik daerah atau Jabatan Keselamatan Jalan Raya akan turut menyampaikan ceramah ringkas tentang kepentingan keselamatan dan mematuhi peraturan jalan raya. Tidak terkecuali pada tahun ini, Azharul Izwan dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah menyampaikan ceramah tersebut. Turut hadir di program ini adalah Fardzi Shah Razali, Pengurus Besar, Bahagian Operasi BH Petrol dan Leftenan Kolonel Azizul Abdul Kadir, dari Kem Kementah.

 

BHPetrol percaya bahawa dengan program itu, ia mampu memupuk minda kanak-kanak dari usia awal untuk mengamalkan tingkah laku yang selamat di atas jalan raya. Secara tidak langsung ia akan mengurangkan kematian dan kecederaan akibat kemalangan. Ternyata program itu telah disambut baik dan memberi kesan mendalam dan memberi manafaat buat para peserta.