CEO Tesla zuhud rupanya, sewa rumah dari SpaceX, boleh dialihkan guna Cybertruck

oleh Mohamad Hanif|
Meskipun banyak kecaman negatif yang dilontarkan terhadap CEO Tesla, Elon Musk sebenarnya dikatakan sangat bersederhana, dan tidak lama sebelum ini beliau diberitakan menjual kesemua rumah yang dimilikinya sebelum berpindah ke Texas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pada ketika itu, tidak dapat dipastikan dimanakah lokasi sebenar tempat kediaman beliau, sehinggalah pada satu hari Elon menghantar ciapan yang mendedahkan beliau kini tinggal di kawasan Austin.

 


Lebih menarik lagi, Elon mengatakan beliau kini tinggal di dalam sebuah rumah kecil yang boleh dialihkan berkeluasan 400 kaki persegi dan ia disewa daripada SpaceX.

 

 

Menurut laporan daripada Teslarati, rumah yang dimaksudkan itu merupakan rumah bernilai $50 ribu (RM208 ribu) jenis Boxabl Casita yang dibangunkan boleh Boxabl, dan mempunyai kelebihan seperti mudah untuk dipasang dan dialihkan, serta dipindahkan dengan lebih mudah.

Selain daripada itu, rekaannya yang modular membolehkan anda sendiri memilih konfigurasi rumah setingkat, atau dua tingkat bergantung kepada keperluan keluarga semasa.

 


Malah, dalam satu video ringkas, Boxabl menunjukkan kelebihan sebenar sebuah Boxabl Casita yang ditunda menggunakan Tesla Model X, walaupun menurut spesifikasi sebuah Casita memerlukan sebuah kenderaan yang memiliki kapasiti penundaan seberat 5,443 kg.

Mungkin mereka masih lagi menunggu kehadiran trak pikap elektrik Tesla Cybertruck yang entah bila mahu memunculkan diri.

Sumber: InsideEVs, Teslarati

 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…