CEO Proton akhirnya akur kuasa Kesatuan Pekerja 

oleh HEZERI SAMSURI|
Dr Li Chunrong, CEO kepada syarikat kenderaan nasional negara, Proton dikatakan telah bersetuju untuk menerima permintaan Kesatuan PONSB, persatuan untuk pekerja-pekerja Proton di Shah Alam.

Sebelum itu, Careta difahamkan bahawa pihak Kesatuan akan menjalankan protes aman dengan memakai pengikat kepala merah kerana CEO itu berdolak-dalik dan tidak mengendahkan permintaan pekerja-pekerja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sumber dalaman Careta berkata ahli Kesatuan sebelum ini akur dan bersetuju untuk bekerja lebih masa demi untuk memajukan prestasi syarikat.

"Kami diminta untuk memberikan komitmen bekerja lebih dari 10 jam sehari untuk enam hari seminggu dan kami akur.

"Kami juga dijanjikan insentif jika sasaran tercapai. Namun begitu, semuanya didiamkan dan tidak diendahkan," ujar beliau menerusi perbualan telefon.

Pihak kesatuan pekerja Proton di Shah Alam (PONSB) juga mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak membuat sebarang aduan mengenani janji-janji Geely yang tidak ditepati sehingga ke hari ini.

"Kami tidak mahu bersuara kerana kami tidak mahu mengeruhkan keadaan. Namun begitu, diam kami telah disalahgunakan oleh pihak pengurusan tinggi dari luar dan dalam negara," sambungnya.

Pihak Kesatuan sepatutnya mengeluarkan satu memo semalam berkaitan janji-janji yang sepatutnya dilunaskan tetapi tidak dilakukan.

Antara aduan di dalam dokumen yang dilihat oleh Careta termasuk isu penarikan faedah pekerja sedia ada, pembayaran insentif Happy Operation Entity yang tidak berbayar sejak Januari 2021, perbincangan berkaitan bonus tahun 2020

 

 

Menurut memo terkini Kesatuan PONSB, pihak pengurusan Proton kini bersetuju untuk melaksanakan permintaan-permintaan di bawah:

  1. Skim Staff Purchase, Skim Staff Purcahse 25 Tahun dan Skim Staff Purchase keluarga terdekat yang akan disambung kembali.
  2. Pembayaran insentif HOE di mana pihak syarikat akan memaklumkan kepada Kesatuan untuk perbincangan semula.
  3. Pembayaran bonus tahun 2020 akan dilaksanakan pada 30 April 2021.

Proton mempunyai dua kesatuan pekerja untuk tenaga kerjanya, iaitu satu untuk Shah Alam dan satu lagi untuk pekerja di Tanjung Malim.

Proses pemindahan pekerja-pekerja Shah Alam ke Tanjung Malim bakal bermula dalam tahun ini.

Selain dari isu dengan pekerja-pekerja tempatan, Dr Li juga dikatakan cenderung mengambil tenaga profesional dari China untuk menggantikan pengurusan tempatan yang tamat kontrak.

"Jawatan pengurus kanan dan ke atas yang tidak dibaharui kontrak ramainya digantikan dengan dari China. Kebanyakannya jauh lebih muda dan tidak ada pengalaman.

"Sepatutnya Proton yang belajar dari Geely, tetapi apa yang dilihat sudah menjadi sebaliknya," ujar seorang lagi sumber Careta yang bertugas di dalam syarikat yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai syarikat pembuat kenderaan Muslim pertama dunia.

"Projek-projek penghasilan model Proton sendiri akhirnya ditolak dan digantikan dengan projek rebadging. Malah, projek kejuruteraan yang dilakukan oleh Proton sendiri adalah lebih berdaya saing dan kos efektif tetapi ditolak dan digantikan dengan kontrak kejuruteraan dari Geely yang jauh lebih mahal.

"Apa yang sekarang ini diperlukan ialah kajian rasmi berapa nilai RM yang sebenarnya mengalir keluar ke Geely dari Proton kerana kandungan komponen tempatan masih kurang dan sekarang ini ditambah dengan nilai kerja kejuruteraan dari luar," tegasnya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis tandatangan MoU itu menandakan kolaborasi antara kerajaan dan sektor swasta dalam…
Berita Domestik
Berikut ialah laporan dikeluarkan Malaysiakini yang turut memetik dari Nanyang Daily: Rakyat…